Wednesday, May 14, 2014

MARSYA : Admitted Again ;-((

Assalamualaikum.....

Seperti tajuk di atas..marsya kene admitted lagi sekali di Hospital Pantai Ipoh. Admitted sebab viral fever...suhunya 39.4 'C...pastu susah pulak turun suhunya.Jumaat malam dah mula demam....lepas tu petang Sabtu tu dah ok. Hari Ahad balik kampung, jumpa tok dgn opah, sebelum balik singgah Mydin dan ngetea dgn tok & opah dulu...marsya aktif macam biasa...tapi malam tu bila sampai rumah, badan mula panas balik dan suhu mencanak naik sehingga 39.4' C..huhu. Pukul 1 pagi mandikan marsya, lepas tu marsya tido..bila pukul 3 pagi tengok suhunya naik lagi 39.2'C terus myHC masukkan ubat bontot pada marsya...sehingga pukul 5 pagi, suhunya tak turun2..masih 39'C ke atas..Allahuakbar, risau sangat..lepas discuss dgn husband, lastnya pagi tu selepas subuh, kitorang bawak marsya gi Hospital Pantai..dan setelah di check oleh doktor di Emergency, doktor sarankan untuk marsya masuk wad untuk pantau demamnya..huhu..


Akhirnya, berkampungla kami 3 beranak di Hospital Pantai selama 4 hari 3 malam (28.4.2014 - 1.5.2014). Alhamdulillah, marsya dicover oleh insurans dan dapatlah kami 3 beranak duduk di 1st class wad..huhu. Alhamdulillah, marsya x de demam yang serius cuma tonsilnya bengkak, bila bengkak, kuman berkumpul kt situ dan itulah punca marsya demam..huhu..moga lepas ni anak ibu Marsya Qashrina bt Mohd Farhan sentiasa sihat dan membesar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang hendaknye....amin....

Ni gambar kat rumah selepas discaj dari hospital...lemah je anak ibu...huhu..

No comments:

Post a Comment