Thursday, October 30, 2014

ALHAMDULILLAH : Happy 2nd Birthday Marsya!!!

Assalamualaikum....

Semalam maya dah update sambutan 1st besday Marsya tahun lepas kan, jadi hari ini nak update sambutan 2nd besday Marsya yang diadakan tepat pada tarikh besdaynya iaitu 6 September 2014. Majlis start pukul 3 ptg dan berakhir jam 11 malam. Memang kami nak buat sampai malam sebab nak beri peluang pada sedara mara yang tak dapat datang siang untuk datang pada waktu malam.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, cuaca pun baik, makanan pun cukup. Hari tu juadahnya laksa (mak buat), mee bandung Muar (suami buat), nasi impit dan kuah kacang (maya buat), kuih-muih, puding (maya buat), buah2an, kek dan aiskrim. Kebanyakannya masak sendiri je...alhamdulillah, tetamu makan dengan kenyang dan puas hati. Sambutan besday marsya ni selain nak celebrate besday si kecik tu, ini juga salah satu cara maya dan suami nak mengeratkan silaturahim dengan sedara mara, jiran2 dan kawan2. Alhamdulillah, ramai yang datang. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi tahun depan, kami akan teruskan majlis macam ini. InsyaAllah..

Seperti biasa, biarlah gambar yang berbicara...hehe..

**Seperti biasa juga, tiap kali buat celebration, si besday girl asyikkkk bad mood jerrrrrrrrrrrr......huhuhu **














Gambar masa hari siang tetamu datang ramai x sempat nak snap sebab bz sgt..tetamu yang datang malam baru free sikit..dapatlah snap gambar.

HAPPY 2ND BESDAY MARSYA QASHRINA BT MOHD FARHAN, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dunia dan akhirat...aminn...

No comments:

Post a Comment