Thursday, October 24, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Pengalaman Bersalin Anak Pertama part II

Assalamualaikum..

Part 1 dekat entry ni ye...:-)

AMARAN: Entry sangattttlah panjang...jgn muntah ijo pulak membacanya...mihmihmih :-D

(5.9.2012)
Alhamdulillah...lepas daftar je masuk ward, nurse suruh tukar baju dan pakai baju hospital yang kaler pink tu..bila pergi je tandas nak tukar baju...alamakkkkk...banyaknye darah kt pantiess...ayoyoyo...ni mesti kesan dari proses seluk tadi kot...x kan nak bersalin dah kot..huhu...

Lepas salin baju, nurse buat CTG, nak check jantung baby..masa tu doktor tersilap cucuk kat tangan sampai meleleh2 darah tau..tapi x pe la..redha je la bila nak masuk ward ni kan. Bila dah petang sikit, myHC pun balik rumah untuk ambil barang2 keperluan maya nak guna sepanjang duk kt hospital ni. Sebelum datang balik ke hospital, maya request nk mkn chicken chop kt myHC untuk dinner..alhamdulillah...dapat gak makan chicken chop yg sedappp tu..hehe...

MyHC makan lamb chop..tapi,x habis makan..x tau kenapa..mungkin risau kot..tapi maya makan habis licin tau...hehe. Disebabkan dapat 1st class, myHC boleh tidur sekali. Dalam bilik tu ada kerusi malas n sofa, myHC ambik kerusi malas tu,rapatkan ke katil dan dia pun tido atas kerusi itu. Maya tido atas katilla kan..:-D

(6.9.2012)

Dalam pukul 5 pagi,maya bangun, makan roti, sebab selalu baca pengalaman orang yang nak bersalin suruh siap2 makan bagi ada tenaga sebelum bersalin, kalau ikutkan nurse cakap pukul 6 pagi dia akan bawa maya ke labour room untuk proceed proses induce @ paksa bersalin dengan memasukkan ubat. Lepas makan, maya siap2 mandi..lepas tu tunggu masuk waktu subuh, n solat berjemaah dengan myHC...doa sangat2 Allah mudahkan proses bersalin ni. Lepas solat subuh, nurse dah tunggu nak bawa maya ke labour room. Masa ini, x de rasa risau sangat pun..sebab dah tau, dah sampai masanya untuk maya lalui proses bersalin ni, jadi apa pun yang berlaku selepas ni maya redha dan mohon sgt2 Allah mudahkan jalan untuk maya..amin. Masa tengah berjalan nak gi ke labour room, maya tanya kat nurse boleh tak suami ikut sekali dan nurse cakap boleh, jadi myHC pun ikut la sekali ke labour room tapi sampai pintu depan je la, pastu suami dah x boleh ikut..jadi bermulalah perjalanan maya untuk melahirkan khalifah Allah ni ke dunia...

Terus terang...masa dah masuk labour room, maya rasa macam bersemangat nak bersalin!!haha...maya tunggu je bila diorang nak mula masuk ubat ni..last2nya pukul 7.30 pagi baru masuk ubat induce itu..doktor siap tanya, ni anak nombor berapa, maya cakap anak pertama dengan bersemangat sekali..hehe..doktor siap cakap, amboi, semangat ye nak bersalin :-P kuikuikui...prosesnya dia seluk dulu, mula doktor biasa seluk, pastu doktor pakar seluk, lepas tu buat CTG, pastu baru masuk ubat..doktor cakap jangan banyak bergerak bila dah masuk ubat ni. Jadi maya pun tak bergerak tau..huhu..

Orang sebelah maya ni pun nak dipaksa bersalin gak,dia dah diinduce 2x semalam, tapi jalan masih x bukak..perut dah ada sakit kontraksi, tapi baru 3cm je bukak...cian dia...x tau pe jadi selepas tu sebab dia dah mengerang2 sakit ;-((

Lepas masuk ubat, diorang bagi makan breakfast, masa ni maya duk sms, mak, abah, myHC, boss n kawan2, msg minta maaf kt semua, minta halal makan minum dan mohon doakan proses bersalin maya ni dipermudahkan. Mak abah x dapat datang time ni sebab mak abah berniaga..mertua pula di johor..mmg x dtg lagilah....huhu.Jadi suami sorang je la yang tunggu maya kat luar labour room ni tau...

Lepas makan diorang buat CTG lagi,tapi maya rasa macam pelik kenapa muka sister ni macam ada sesuatu yang tak kena je...dia buat CTG tu banyak kali. Masa ni maya dah mula rasa sakit @ rengat sikit..tapi x de la kerap, siap msg MyHC cakap dah sakit sikit, dia suruh baca surah n doa2 yg maya dah hafal tu, pastu, sister tu cakap CTG @ bacaan jantung baby dah x cantik, tu sebab dia buat banyak kali...haissshhhh...hati ni dah risau dah...hukhukhuk...

Pastu x lama doktor pakar pun datang lagi, dia pun suruh buat CTG lagi n dia tengok resultnye sambil kerut dahi...huhu. Lastnye doktor cakap kita kena buat EMERGENCY CZER!!!!Hahhhh!! mau tak terkejut teman weehhh...dia cakap degupan jantung baby dah x stabil...huhu. Ubat tu bagi mengeraskan rahim dan paksa bersalin tapi disebabkan baby kecik, dia x dapat menahan proses tu, jadi bacaan CTGnya @jantung dah x cantik..kejap elok..pastu tinggi,pastu rendah..mmg bahaya untuk baby dalam perut ni tau...macam tu la yg maya faham lebih kurang... :-((

Masa ni doktor bagi berapa minit je kat sister n nurse2 untuk siapkan maya...huhu. Dengan keadaan terkejut sebab kene czer,dengan diorang kelam kabut siapkan maya, tukar baju,cucuk sana, cucuk sini, masukkan saluran kencing tu sumer..huhhh..stress dibuatnye..huhu..

Sebelum masuk ke bilik operation tu, diorang bagi maya jumpa suami dulu...dengan suami pun dah pakai baju macam orang nak buat operationnya, dia masuk kt satu bilik ni untuk jumpa maya, maya mintak maaf kt myHC, minta halal makan minum sumer..huhu. Masa ni memang sebak sgt2 sebab x tau pe yang akan jadi lepas ni, myHC pun nampak macam sedih juga, dia cium dahi maya masa sebelum diorang nak tolak maya masuk ke bilik operation tu...mmg touching habis time ni..huhu....

Masuk je ke bilik operation tu...makk aiii...sejukkkkkkkkkkk sggtttt2 tau..menggigil dibuatnya, dengan pakai baju x tutup habis ni...huhu..terasa seksa dengan kesejukan melampau ni..diorang nak inject ubat pe ntah (lupa nama) kt belakang badan, doktor suruh relaks, jangan keraskan badan..tapi macam mana nak relaks dengan suhu yang mencongkam hingga ke tulang sum2ku ni kan...huhu..pastu doktor suruh baring,dia cubit kaki, dia tanya rasa x?maya kata rasa...maya cakap kt doktor saya x kebas lagi (dalam hati risau kot2 ubat x jalan lagi diorang dah membelah perut ku...huwwwaaa :-(()

Lepas tu doktor nak mulakan proses, tapi maya stress sbb tadi boleh rasa lagi, x kan nak start dah kan. Pastu doktor cakap, memang macam tu puan, lepas ni puan x rasa dah dari pinggang ke bawah. Jadi, bermulalah proses membelah perutku ni untuk mengeluarkan baby. Memang x rasa sakit, tapi kita boleh rasa diorang belah2 perut kita tu...setiap toresan tu kita boleh rasa..cuma x sakit je..diorang goncang2 perut masa nak kuarkan baby tu, memang terasa sangat goncangan tu tau..huhu. Masa ni maya memang stress, dalam hati duk baca je doa nabi yunus tu, berzikir sambil pejam mata ditambah dengan kesejukan melampau tu. Maya cuba gak tenangkan diri, tapi, masih x boleh...nurse yg duk kat kepala maya tu minta maya relaks, jangan stress, pastu boleh pulak maya cakap maya sejuk kt nurse tu...doktor marah, dia cakap mana boleh bercakap...huhu..jadi maya pun diam je la sambil menahan kesejukan yang melampau di samping bermacam mak nenek wayar2 yang berselirat di tangan dan di muka. Masa tu kan dalam bulan Syawal, jadi maya dengarlah doktor2 n nurse bersembang pasal jamuan hari raya kat situ sambil membelah2 perutku...hamboooiiiiiiiii...

Masa dah kuarkan baby tu, terus maya dengar tangisan marsya...ALLAHUAKBAR!!! Masa ni rasa macam mimpi!!..anak aku dah keluar!!!!Marsya dibersalinkan dalam pukul 11 pagi.ALHAMDULILLAH...nurse terus tunjuk kat maya dan tanya jantina baby, maya pun cakap le perempuan, pastu nurse bagi maya cium baby...MASYALLAH..wanginya bau syurga ni..masa tu badan marsya masih dipenuhi dengan lendir2..baunya wangi dan sejuk je tau...touching betul waktu ni....ALHAMDULILLAH.. :-)) pastu diorang cakap nak bawa baby gi timbang.

Lepas tu proses menjahit bermula dan x lama lepas tu maya di bawa keluar dari bilik operation dan ditransfer ke bilik satu lagi untuk memanaskan badan balik. Memang rasa sejuk sangat2!!rasa sejuk yg rasa macam nak mati..memang betul!!!sejuk yang memang azab sekali, diorang masukkan pe benda ntah dalam selimut maya untuk panaskan badan, tapi tetap x hilang kesejukan tu sampai gigi pun asyik terketap je...huhu...

Alhamdulillah, maya di bawa keluar untuk masuk ward x lama lepas tu, maya pejam je mata sebab rasa penat dan sejuk yang melampau, bila buka mata, tengok myHC yg mukanya nampak risau ya amaatt..dia tanya baby mana?hahhhh????x kan x tau baby dah selamat dikeluarkan tadi???masyaAllah, rupa2nya nurse kt situ x bagi lagi baby kt myHC untuk diazakankan..kiranya masa tu dah 2 jam marsya dilahirkan tapi belum diazankan lagi oleh ayahnya!!!masyaAllah!!! pe yang dah terjadi kat marsya sampai belum diazankan oleh ayahnya????? :-((

Cerita selanjutnya....next entry la ye :-))

Tata...

MARSYA : Suka tido lambat...

Assalamualaikum....


Kebelakangan ni marsya suka sangat tido lambat...makin hari makin la lambaattt...........mungkin kalau ibu x kerja, x de la masalah sangat kot...tapi masalahnya sekarang ibu is kerjaa...hukhukhuk. Agak2 apa puncanya ye?selalunya dia akan tido pukul 12tgh malam ke atas. Itu standard la ye...pukul 12 tu maya x de la masalah sangat...tapi kalau dah sampai pukul 4.30 pagi baru nak tido....memangggggggggggg la masalaahnya besar ya amattt....huhu...


Tapi apa boleh buat...marsya suka macam tu...macam2 petua n pemuda dah try..tapi masih belum berjaya...kelmarin marsya tido pukul 4.33 pagi..semalam pukul 2.00 pagi...dan malam tadi hampir pukul 3.00 pagi..x elok kan budak baru setahun lambat tido?tapi pe boleh buat...dah macam2 cara buat, dia x nak tido...kalau paksa dia tdo..sambil menyusukan, pastu tutup lampu...dia akan menangis..sebelum2 ni ok je...sejak kebelakangan ni dia jadi macam tu..huhu....bertabahlah ibu dan ayah...anak nak membesarkan....tapiii.....ibu yang pening lalat nak bangun pagi nak pergi kerja nakk oiiii.............:-((

Monday, September 30, 2013

MARSYA : Sedihnya lahai...

Assalamualaikum...

Pagi tadi hantar marsya kat pengasuh macam biasa. Bila ayah letak je dalam carseat terus menangis tersedu sedan. Ibu jenuh la memujuk dalam kereta tetap nak menangis gak. Anak ibu dah pandai ek?dah tau dah ari ni kena gi rumah ibu syida...

 Anak ibu dah besar dan kiut macam ibu...erkkkk... :-P


 sayanggg anakkk ibuuu.....

Ibu kena kerja sayang..harap sangat marsya faham...nanti petang ibu datang ambik ek..sekarang marsya dah banyak sangat akal...ibu dengan ayah terhibur dengan keletah comel marsya..semoga marsya membesar dengan baik dan sihat ye sayang..walaupun kadang-kadang ibu termarah marsya...dalam hati ni hanya Allah je yang tahu betapa kasih dan sayangnya ibu pada marsya. Maafkan ibu ye sayang..ibu janji akan cuba jadi ibu yang terbaik buat marsya...sayangggg anak ibuuuu.....


Tadi dalam kul 8.30pagi call kak syida, tanya marsya macam mana?sedih rasanya bila anak menangis2 bila nak gi kerja..rupa2nya marsya dah tdo..kak syida cakap masuk je buaian terus tido..hihi...comel je perangai ek...nanti marsya makan tau bekal yang ibu sediakan tu...rindu sgt kat marsya....

 

Friday, September 27, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum...

Bersempena dengan hari Jumaat pada hari ini...maya nak mengimbau kembali kenangan-kenangan manis melahirkan anugerah Allah yang paling bernilai dalam hidup kami iaitu kelahiran Marsya Qashrina bt Mohd Farhan. Dah setahun dah pun si kecik tu..tapi, tetap nak coretkan juga dalam blog ni untuk tatapan anakanda tersayang bila besar nanti.

(5.9.2012)
Hari tu maya ada appointment dengan doktor pakar di Hospital Ipoh sebab doktor di KK kata saiz baby semakin mengecil. Graf kandungan daripada awal memang normal, tapi bila dah 36 minggu, graf pembesaran baby menurun. Ini menunjukkan baby semakin mengecil..huhu. Doktor anggarkan baby dalam perut sewaktu 36 minggu sekitar 1.7kg sahaja :-(.

Suami pun ambikla cuti pada hari tu sebab nak temankan maya jumpa doktor pakar. Lama gak tunggu utk jumpa doktor...dan masa jumpa doktor tu doktor memang sahkan baby mengecil dalam perut. Doktor cakap perkara ini tak boleh dibiarkan sebab risaukan keadaan baby dalam perut tu. Doktor juga cakap mungkin baby x nak membesar dalam perut, dia nak membesar di luar..hoho..Jadi, doktor suruh maya masuk ward hari tu gak n dipaksa bersalin keesokkan harinya. Maya dan suami memang terkejut sebab due lambat lagi...huhu. Jadi doktor suruh maya buang air dulu sebelum melalui proses SELUK!!!huwwaaaa....sangat2 menggerunkan :-(


Kesimpulannya, proses SELUK itu memang menyakitkan...huwwaaa...:-(( lepas tu doktor bagi masa untuk masuk wad selepas pukul 2 ptg. Jadi dalam keadaan masih terkejut sebab esok dipaksa bersalin, maya telefon mak beritahu perkara sebenar. Baru cakap sikit je dah sebak...huhu. Tak boleh nak cakap banyak sebab bila dengar je suara mak, automatik air mata mengalir laju dan suara pun tersekat-sekat. Suami siap pesan kat maya jangan menangis sebab kalau maya menangis, dia pun akan sama menangis..:-P...dan akhirnya suami pun ikut sama menangis sebab maya x boleh nak tahan rasa sebak tu :-P

Jadi, my hubby cyg @ suami pun tanya, nak makan apa?otak memang blur sebab masih terkejut. Jadi, akhirnya kitorang makan di McD (rupa2nye itu yg terakhir mkn Mcd sbb selepas itu kami BOIKOT mkn Mcd sampai skrg atas sebab Mcd ada salurkan dana untuk rejim YAHUDI). Masa tengah makan tu pun masih sebak...x tau la kenapa sebak bebenor...hihi..sementara tu tulis nota utk my HC bwk brg2 dari rumah untuk ke hospital...

Masa nak daftar masuk wad tu, memang kami nak ambil 1st class sebab 1st time bersalin, kalau boleh maya nak suami sentiasa di sisi. Masa beratur untuk daftar masuk wad, orang di depan maya pun tanya bilik 1st class untuk isteri dia, tapi, nurse cakap wad 1st class penuh..dalam hati maya masa itu dah rasa kecewa sebab mesti maya pun x dapat masuk wad 1st class kan :-( 

Tapi kuasa Allahkan, masa turn maya, maya tetap gak nak tanya, wad 1st class untuk bersalin masih kosong x?nurse cakap, penuh, tapi dia cakap, tunggu sekejap, saya check lagi sekali..alhamdulillah, murah rezeki kami, wad bersalin 1st class kosong!!!pesakit kt bilik tu baru je keluar. ALHAMDULILLAH...syukur sgt2...terima kasih Ya Allah :-))

Ok..seterusnya...next entry la ye :-)

Tata...

Thursday, September 26, 2013

Insurans Yang Terbaik Untuk Anak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..maya dan suami diberi kesedaran untuk mengambil insurans untuk Marsya. Insurans ini bukan hanya penting untuk masa sekarang tetapi juga untuk masa depan marsya..sekurang2nya, sekiranya kami dah x de nanti (semoga kami panjang umur n diberi peluang untuk melihat marsya dewasa...aminnn) sehingga Marsya berumur 21 tahun dia akan dicover oleh insurans. Tapi, bukan sebab itu saja, banyak lagi kelebihan dan kebaikan mengambil insurans utk anak ni. 

Sekarang ni kami bayar RM120 sebulan untuk insurans ni. Alhamdulillah, rasanya masa marsya 6 bulan kami dah ambil insurans ni. Insurans ni selain untuk perubatan dan pelaburan, dia juga termasuk untuk kos rawatan biasa di klinik. Yang bestnya kita hulur je kad klinik tu, automatik kita x pyh bayar kos rawatan tu. Pihak insurans yang akan bayar pada klinik tersebut. Tapi, klinik-klinik yang terpilih sahaja yang tersenarai di dalam klinik panel. Rasanya setiap negeri n daerah dah ada klinik panel untuk insurans ni.

Ye la...kita bukan sentiasa ada duit ye dak...kalau sekiranya anak x sihat time hujung bulan..mana kita nak dapatkan duit untuk bayar kos rawatan di klinik swasta tu?klinik kerajaan memang la free sbb maya pun kerja kerajaan, tapi masa menunggu nk jumpa doktor tu...masyaAllah, berderet orang tunggu giliran. Kadang-kadang, bila anak tak sihat, kita nak rawatan yang cepat, x nak tunggu lama-lama kan. Jadi, bila kita dah ada ambil insurans ni untuk anak, senang sikit urusan kita. Hulurkan kad, tunggu giliran jumpa doktor, jumpa doktor, ambil ubat n kad n balik..settle..x pyh nak fikir2 lagi kos rawatan..hihi...sama juga sekiranya anak kena masuk wad, selalunya hospital-hospital swasta mcm KPJ, Hospital Pantai, Hospital Fatimah (ni di Ipoh ye) tersenarai sebagai hospital panel utk insurans ni...kita hulur je kad tu untuk masuk wad tanpa bayar sesen pun..mudahkan?? :-)

Jadi, untuk kemudahan sekarang n di masa hadapan, x rugi rasanya melabur RM120 sebulan untuk insurans anak. Macam marsya, memang jarang sgt demam..dah setahun ni br 2x demam, tapi tiap kali demam x lama, dalam sehari je...syukur alhamdulillah. Ini mungkin berkat marsya sepenuhnya menyusu badan.Jadi memang jarang guna la kad klinik tu kan. Tapi, x pe..ni persediaan di masa hadapan...bak kata pepatah Melayu "sediakan payung sebelum hujan" gitttewww...hihi..

Ok..Insurans yang maya dan suami ambil untuk marsya ialah Prudential Assurance Malaysia Berhad :-) memang byk benefits yg kita akan terima. Kalau ikutkan RM100 je sebulan tapi disebabkan nak tambah kad klinik kena tambah lagi RM20, jadi totalnya RM120. Memang berbaloi-baloi. InsyaAllah :-)

Wednesday, September 25, 2013

ALHAMDULILLAH : Marsya 1st Birthday!!! PART 1

Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam rajin skit nak update blog picisan ni..walaupun tau x de pembaca...tetap nak update untuk kenangan di masa hadapan...hehe. Walaupun cerita tentang bersalinkan marsya belum pun buat..tapi rasa excited nak update pasal celebrate 1st besday marsya Ahad lepas. Alhamdulillah..semuanya DIY je..cuma makanan dan khemah je tempah..yang lain sumer DIY by maya n suami jer :-)


 
Backdrop Majlis

Backdrop tu maya dan suami DIY je...pukul 3 pg Ahad baru siap tau...huhu. Tapi x pe..kepuasan tu yang penting, walaupun marsya baru setahun, x faham apa2pun, maya tetap buat sebab 1st birthday ni yang penting. Kalau sekiranya masa hadapan ada rezeki lebih, insyaAllah, majlis mcm ni akan diteruskan :-) doa2kan yer :-P




Zoom in backdrop 1st birthday Marsya :-)

Ok, next entry kita sambung k.. :-) 

Tata...

TERIMA KASIH ALLAH : Cerita 1 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Allah perkenankan doa kami pada 1 Ramadhan 1433H..suami start kerja di tempat baru, di Ipoh!!! yeayyyy!!! boleh pergi n balik kerja dengan suami..x perlu lagi risau mengantuk semasa memandu..ALHAMDULILLAH..cantikkan perancangan Allah? Allah beri tepat2 pada masanya...ALHAMDULILLAH...syukur Ya Allah...

Ceritanya macam ni..sambungan dari entry ni...selepas kami solat hajat bersama-sama, suami dapat interview di satu company di Ipoh, suami pergi interview tu n this company offer jawatan tersebut pada suami...tapi....suami x nak terima sebab gaji yang ditawarkan sangat2 rendah dari gaji yang suami dapat sekarang...huhu...tapi kami masih x putus harapan sebab kami yakin Allah pasti beri yang lebih baik buat kami...

Alhamdulillah,2-3 hari lepas tu, suami dapat call dari seseorang, dia perkenalkan diri dia n minta suami datang interview di satu company yang menurut kata beliau amat memerlukan seorang safety officer..pelik juga, macam mana orang tersebut dapat contact suami..rupa-rupanya dia dapat resume suami dari company yang first tadi n dia call untuk tawarkan kerja yg memang maya dan suami nanti2kan. See..cantikkan perancangan Allah? :-))


Alhamdulillah, suami pergi interview dengan big boss company tersebut n dapat offer yang sgt baik, jadi,suami pun terima jawatan tersebut. Syukur sgt22...suami akan mula kerja pada 1 Ramadhan 1433 H...masa tu pun maya dah mengandung 8 bulan...n bersyukur sgt2 dengan segala nikmat yang Allah turunkan pada kami...ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ALLAH :-))

Tapi, yang pasti kami akan buat doa selamat dengan rezeki ni...dan amalan membaca surah Al-Waqiah dan Al-Mulk tetap kami teruskan...surah Luqman pula suami akan baca tiap-tiap hari untuk zuriat kami yang masih dalam perut ni...ALHAMDULILLAH :-)) 

Pada 27 Ramadhan 1433H kami dah tunaikan niat kami untuk buat doa selamat...tapi disebabkan masa tu bulan Ramadhan, kami buat doa selamat di masjid sebelum berbuka dan menyediakan makanan untuk semua orang berbuka atau dgn kata nama lain, di kampung maya diorang panggil moreh. ALHAMDULILLAH,hajat tercapai dan perjalanan kehidupan ini Allah permudahkan..:-))

TERIMA KASIH ALLAH : Setelah 6 Bulan X Update :-P

Assalamualaikum...

Kita bersua lagi selepas 6 bulan..huahuahua..:-))

Hmm...nak cerita pe ek...hehe. Ok, cuba nak ingat balik cerita-cerita penting dalam hidup. Memang kami berPJJ sepanjang awal 8 bulan perkahwinan. Dalam masa tu, kami sama-sama berusaha untuk tinggal bersama bagi menjayakan hasrat kami untuk menjalani kehidupan normal pasangan berkahwin.

Ada gak la 2-3 kali suami maya pergi interview di Perak, ada yg dapat..ada yg x dapat..yg dapat tu ada beberapa perkara yang membuatkan suami x nak terima jawatan tu..huhu. Jadi, kami usaha lagi..di samping usaha, kami berserah dan tawakal kepada Allah. Kami terus beristiqamah membaca surah2 Al-Waqiah dan Al-Mulk yang memang kami amalkan sebelum kahwin lagi. Mohon sgt pada Allah, perkenankanlah doa kami untuk tinggal bersama..aminn..

Sepanjang 7 bulan mengandung, maya bersyukur sgt, fasa-fasa mengandungkan Marsya, alhamdulillah, tak de perkara yg terlalu sukar,mungkin sebab baby pun tahu ayah tinggal jauh dari ibu, jadi dia pun baik je dalam perut..hihi. Maya cuma alami perkara-perkara biasa shj yg dialami spanjang mengandungkan marsya. Pening kepala, kejang kaki semasa tidur, selera makan yg sentiasa berubah, berat badan naik..macam tu je la. Cuma, masalah mengantuk semasa memandu tu agak merisaukan. Perjalanan pergi ke tempat kerja mengambil masa 1 jam perjalanan, memang mengantuk tahap gaban!! makan la pe pun...memang mengantuk sgt2!!huhu. Ya Allah, sungguhhh... dalam hati ni risau sgt2..bln puasa yg lagi sebulan nak menjelma masa tu, risau sgt2 tahap mengantuk ni x dapat dibendung..bulan puasa MESTI double triple tahap mengantuknya. Masa tu, maya berharap sgt2 suami dapat kerja di Ipoh dan kami boleh sama-sama pergi n balik ke tempat kerja. Ya Allah tolonglah kami Ya Allah...

Masa tu, mungkin Allah nak kami usaha lebih lagi untuk Dia perkenankan doa kami..kami dah usaha,sekarang kami hanya berserah..jadi kami buat keputusan untuk solat hajat tiap-tiap malam selepas Isyak mohon pada Allah perkenankanlah doa kami untuk suami dapat kerja di Ipoh dan kami dapat tinggal bersama. Kalau suami di Tg. Malim, masing-masing sembahyang di rumah masing-masing. Kalau suami ada balik di Gopeng, kami akan solat hajat berjemaah dan ALHAMDULILLAH..ALLAH itu Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..akhirnya..ALLAH perkenankan doa kami.....TERIMA KASIH ALLAH...

sambungannya...next entry :-P


Friday, March 22, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Melalui Fasa-fasa Ibu Mengandung

Assalamualaikum...

Dah sebulan lebih dah x update blog...sikap malas masih menghantui diri ni..huhu...ok...sekarang nak imbas balik kenangan semasa mengandungkan Marsya Qashrina bt Mohd Farhan :)


Alhamdulillah...sepanjang mengandungkan marsya..alahan maya tak ada lah teruk sangat...muntah2 pun rasanya x la sampai 20x sepanjang mengandung 9 bulan tu...tapi yang paling berbisa bila tercium bau2an macam bau menumis, bau dapur n bau ikan bilis goreng..tu yang paling azab sekali rasenye..bila tercium jer bau ikan bilis goreng..memang automatik nak terkeluar semua isi perut..itu pun cuba bertahan daripada muntah...kadang2 berjaya...kadang2 x berjaya...hissshhh....

Bab makan pulak..memang kadang2 x berselera nak makan nasi...tapi cuba cari alternatif lain bagi perut x kosong..bila perut kosong..tu la terasa nak muntah...pertama kali maya muntah semasa bekerja..muntah dalam bilik maya di ofis...habis carpet...nasib baik bos x keluar dari bilik dier..kalau x mesti lagi malukan...huhu.Maya cuci sendiri carpet ofis tu sebab rasa segan nak mintak tolong makcik cleaner tu cucikan...dan start dari itu adelah beberapa siri muntah2(tp x la tiap2 hari) kdg2 sbb makan ubat yg berbau pun boleh jadi muntah..makan yg berminyak pun salah satu puncanya..yg penting makan jgn x makan...kalau nak kuar gak..pe boleh buatkan...

Ada sekali tu teringin nak gi pasar malam...ajaklah suami gi pasar malam di pekan gopeng...baru je kuar kereta dah terbau dah bau2an masakan yg tidak menyenangkan..tp gagahkan juga nak gi pasar malam tu n baru je jalan sikit ke tempat pasar malam tu...memang terasa nak muntah betul..tarik suami cepat2 masuk kereta dannn...uwweeekkkkk dalam kereta.Nasib baik ada standby plastik...lepas muntah, dah rasa lega..keluar dari kereta n g balik ke pasar malam tu :-P

Bab mengidam pulak...tak adalah mengidam yang pelik2...mengidam benda2 yg senang dicari je pun..first sekali yg maya mengidam nak makan nangka madu..time tu pyh pulak nak cari nangka..sebelum tu senang2 je nampak orang jual...bile time teringin nak makan..x de pulak org jual nangka...huhu.Masa tu suami masih lagi bekerja di Tg.Malim..sepanjang perjalanan dari Tg. Malim ke Gopeng..suami singgah setiap pasar yg ada nak cari nangka...tp x de..keciwa tau..tp kecian gak dengan suami..dah lah naik moto je dr Tg. Malim tu..sampai basah2 lencun bila sampai rumah sebab hujan lebat...cian dier..demi nak memenuhi rasa mengidam si isterinya tu kan..

2 minggu gak la duk mengidam nangka madu..ada sekali tu maya pegi la pasar malam di Simpang Pulai tuk mencari nangka...sebelum2 ni memang ada orang jual nangka...jadi dengan segunung harapan n dengan yakinnya mengharapkan nangka madu ada dijual disitu..tapi nan hadoooo pun..keciwa lagi...masa drive balik dari pasar malam ke rumah..maya dah menangis2 dalam kereta sebab keciwa nangka madu x deeeeeee....huuwwwaaaaaaaaaa.. :-((

Lastnye..suami jumpa nangka madu di area Tapah...alhamdulillah...banyak betul suami memborong nangka tau...hihiii..suka sgt...tapi mak pesan jangan makan banyak sgt..takut angin nanti.Bila di ofis..ada kakak kt ofis ni..namanya kak izan..dia pun tau yg maya mengidam nak makan nangka..dengan baik hatinya dia bagi maya nangka madu gak..hiihihihi..sukanya hati ni dapat nangka...n makanla nangka sampai lebammm yerk...ekeekekek..

Sesi mengaji dengan suami masih diteruskan...walaupun berjauhan..kami akan cuba utk mengaji bersama menggunakan telefon..selepas baca surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk..suami akan teruskan membaca surah Luqman n surah Yassin utk baby dalam perut..disebabkan drive pergi n balik kerja makan 1 jam perjalanan (pergi sahaja) bila dah sampai rumah..maya akan rasa penat yg amat sgt..jadi time mengaji pun kadang2 terlelap..tapi suami layankan jer..dier x marah pun maya terlelap time mengaji tau (cyg my hubby cyg sgt2). Bila suami baca 2 surah tu..maya akan pasang loudspeaker pada hp, letak berdekatan dengan perut..n maya pun zZzzZZZzzz....kdg2 sedar suami dah habis mengaji..kdg2 x sedar pun..suami pun dah tau..kalau diam je tu..maknanya maya dah tertido n lepas habis mengaji die pun akan matikan panggilan tu..hehehehe...


Sepanjang mengandung..memang maya harap sangat dapat tinggal bersama dengan suami..terutama bila melahirkan zuriat kami ni..tak nak lagi tinggal berjauhan...mohon pada Allah moga dipermudahkan urusan kami tuk tinggal bersama...n setelah berusaha dan terus bertawakal padaNya...ALHAMDULILLAH..ALLAH MEMPERKENANKAN DOA KAMI...SYUKUR SGT2...


Nota kaki : Alhamdulillah..sgt2 bersyukur kerana memiliki suami seperti abg..semoga jodoh kiter kekal hingga ke syurga...aminnn....


 


Monday, February 4, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Kehidupan Selepas Berkahwin (PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh)

Alhamdulillah...majlis perkahwinan maya & suami berjalan dgn lancar. Sebenarnya, mase belum kahwin pun..kami memang bercinta jarak jauh..suami di Johor & maya di Perak...2-3 bulan sekali baru jumpa...selepas kahwin pun situasi masih x berubah..suami di Johor..maya di Perak..2 bulan pertama perkahwinan kami bergilir2 naik bas (Perak - Johor - Perak - Johor) Maya kerja dengan Kerajaan Ng. Perak..suami pulak kerja swasta...skop bidang kerjanye di Perak ni agak terbatas..jadi agak sukar nak dapat kerja kt Ipoh ni...huhu...

Actually..masa belum kahwin...start bulan 8 tahun 2011 kitorang dah mengaji same2...walaupun masa tu kami berPJJ..perkara tu bukan penghalang tuk kami melakukan kebaikan bersama-sama.Ini juga disebabkan kami memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah untuk membantu kami mencari jalan penyelesaian dalam kehidupan berPJJ ni terutamanya selepas berkahwin nnt. Memang x nampak lagi jalan untuk kami hidup sebumbung selepas berkahwin nnt tp, kami yakin..Allah pasti membantu kalau kita ikhlas memohon padaNya..

Mcm mana ye kami mengaji sama2?
Ape surahnye ye?hehe...

Setiap malam..selepas maghrib,sama ada maya @ suami yang akan call...kami akan mengaji surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk.. dan selepas tu suami akan mengajar tajwid yg betul kepada maya semasa mengaji..best kan?:-) kenapa kami baca surah2 tu yer?sebabnya surah al-waqiah dan surah al-mulk tu banyak fadhilatnye...antaranya :-

Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir, murah rezeki dan,

Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur

Rezeki Allah tu kan luas..dapat hidup bersama selepas berkahwin itu pun rezeki...jadi selepas kami berusaha..kami menyerahkan semua harapan dan doa kami kepada Allah..moga impian kami untuk hidup bersama selepas berkahwin menjadi kenyataan..dan sebab itulah kami mengamalkan membaca surah Al-Waqiah ini tiap2 hari bersama(hanya melalui telefon) memohon dimurahkan rezeki kami.Kalau suami ada hal..x dpt nak mengaji..maya akan mengaji seorang..begitulah juga sebaliknya...

Surah Al-Mulk pulak tuk bekalan kami semasa di alam yg kekal abadi nnt..semoga dipmudahkan untuk kami nanti...aminn...dan dalam masa yg same..kami terime 2 berita gembira tau............



1) Alhamdulillah...memang murah rezeki kami...belum pun perkahwinan kami mencecah sebulan...maya disahkan MENGANDUNG!!!!
Alhmdulillah..alhamduillah...alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas rezeki ini....:-) kami memang inginkan anak seawal yg mungkin..dah alhamdulillah..Allah makbulkan :-)

2)Alhamdulillah...murah rezeki kami lagi...suami dpt kerja di Tg. Malim Perak...:-) company tempat suami bekerja bukak cawangan di Selangor..tp, ade projek perumahan di Tg. Malim..dan suami mintak tuk bertukar ke tapak projek tu..Alhamdulillah...Allah perkenankan doa kami.Walaupun masih berPJJ (gopeng-tg malim-100 km-masih jauh tuk berulang) tapi..kami sgt bersyukur sbb x la jauh sprt di Johor...dgn keadaan Maya masa tu dah berbadan dua...memang maya dah x larat nak naik bas ke Johor-Perak lagi..huhu...dan sejak itu, tiap2 minggu suami akan balik ke rumah keluarga Maya setiap hari Sabtu dan akan pulang ke Tg. Malim pada pagi Isnin...alhamdulillah :-)

**Bestkan...ni la nikmat hidup bertuhan....sgt indah dan sgt membahagiakan...kiter kene percaya setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya dan yakin Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba2nya....**

Tp, projek perumahan itu akan siap sekitar bulan Ogos - September 2012...selepas habis projek tu suami kena pindah balik ke Johor...huhu...jadi dalam jangka waktu yang ada ni..kami akan terus berusaha untuk mencari peluang tuk tinggal bersama..x mahu lagi berPJJ..terutamanya bila ank kami lahir nnt...dan amalan mengaji surah Al-Waqiah, Al Mulk bersama secara berdepan ataupun melalui telefon (apabila berPJJ) tidak pernah kami tinggalkan sbb tu salah satu cara kami memohon pada Allah tuk memperkenankan doa kami tuk hidup bersama tanpa PJJ lg...huhu..dan sejak mengandung...selepas jer habis mengaji bersama..suami akan membaca pulak surah Luqman dan Yasin tuk baby dlm kandungan...smoga anak kami nnt menjadi anak yg solehah,anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa dan tahan dari godaan syaitan...amin...


Nota kaki: Maya bersyukur sgt sebab memiliki suami yg baik mcm abg..terima kasih sbb selalu ada waktu senang ataupun susah sejak dari kte belum kahwin lagi hinggalah sekarang..i love u so much Mohd Farhan bin Sungib..semoga kita kekal bahagia hingga ke syurga..aminn....
 

Thursday, January 31, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Abadikan Kenangan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum...

Hari ni nak mengimbau kembali kenangan setahun yang lalu...majlis perkahwinan Maya dan suami yg ingin maya abadikan di blog ini..mungkin akan jadi tatapan kepada anak2, cucu2 dan cicit2 di masa hadapan. InsyaAllah..

24 Disember 2011(Sabtu)

Pada pukul 3.00 petang rombongan pengantin lelaki dah sampai...masa ni maya masih lagi di make up...agak lambat bersiap sebab nak solat zohor dulu..lepas solat baru make up...make up pun ambik masa yg agak lame...sejam setengah pun masih x cukup. Mengikut aturcara kami akan ditunangkan sebentar sebelum dinikahkan. Acara pertunangan ini cukup sekadar menyarung cincin di jari manis maya.Kakak ipar yang sarungkan cincin ni dan ibu mertua jadi pemerhati shj..hehe...

Maya, kakak ipar & ibu mertua di belakang (x nampak muka)    
Lepas acara pertunangan..acara pernikahan pula dijalankan..masa ni Maya dah keluar bilik bersama pengapit untuk duduk di pelamin nikah yang telah tersedia. Lepas tok kadi cakap2..beritahu pasal hukum2 agama  dan nasihat tentang kehidupan berumah tangga, acara pernikahan dimulakan. Tok kadi tersilap sampai 3x ok untuk akad nikah kami...huhu...kelakar pun ade..patutnye pengantin yg berdebar..ni tok kadi pulak terlebih berdebarnye...hihi...

Alhamdulillah..dgn sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri (suami mengalirkan air mata setelah lafaz sah ijab dan qabul- terharu ok) lepas tu lafaz taklik pulak dibacakan...masa ni suami x dpt nak habiskan lafaz taklik tu sbb terlalu sedih..:-( (terharu lagik) sampai makcik suami bagi tisu kt suami utk lap air mate dier...huhu...lepas dah ok ckit..baru suami habiskan lafaz taklik tu...alhamdulillah...


Alhamdulillah...

Terharu lagi sekali sebab setiap hantaran dari pihak lelaki ade nyum2..mmg favourite dari kecik sampaila sekarang (kecuali time mengandung) Dulu mmg ade request pada suami nak ade nyum2 dlm hantaran..tp suami kate zaman skrg nyum2 tu dah jarang ade di pasaran...jadi dier mmg x dpt nak penuhi request maya tu...tp,rupanye die saje nak buat surprise pada maya tau...hehe...Dulu mase kecik2 mmg berangan..kalau aku kawin aku nak ade hantaran nyum2...alhmdulillah..impian termakbul...terima kasih encik hubby cyg kerana memenuhi angan2 mase kecikku :-)) Akhir sekali sesi bergambar dan memotong pulut kuning...





25 Disember 2011 (Ahad)

Alhamdulillah...sejak dari pagi sampailah petang cuaca mmg begitu baik sekali...2-3 hari sebelum tu mmg tiap2 hari hujan..risau juga time kenduri hujan lebat...tp, alhamdulillah...cuaca panas..:-))

Majlis bermula jam 12.00 tghari sehingga 5.00 petang...pengantin lelaki sampai pukul 1.30 ptg...pengantin perempuan siap make up pukul 12.00 thgari (siap awal sebab x nak tergopoh2 mcm hari nikah...huhu) Waktu ni acara karaoke dan pantun teka teki juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami :-) kte layaannn gambar dulu k...


Selain aiskrim..bubur dan jeruk juga ada dihidangkan...












Pada sebelah malam pulak kami bersanding lagi..kali ni tetamu hanya terdiri daripada saudara-mara dan orang2 kampung sahaja. Malam tu hanya ada acara potong kek, karaoke dan membuka hadiah sahaja...kte layannn gambar lagikkk k...




Abah maya menepung tawar

Mak maya menepung tawar

Acara malam tu habis dalam pukul 1.30 pagi...alhamdulillah..TERIMA KASIH ALLAH :-)
 

Bengkak Susu....

Semalam...31 Januari 2013...kali pertama kena bengkak susu di ofis...skt sgt ok...smpai keras dibuatnye...bile di pam...susu x mau kuar pulak...:-( jenuh la duk tuam dgn tuala panas..tp x berkesan jugak...selalu kalau tuam dgn tuala panas..skt akan berkurangan tp kali ni x berkesan...jadi search la dkt encik google cara nak melegakan bengkak susu ini...antara langkah-langkahnye ialah :-

1) Menyikat payudara yang bengkak. Sikat menghala ke puting.

2) Tuam dengan tuala yang panas (alhamdulillah..sebelum2 ni memang berkesan tp semalam x berkesan cara ni..:-(  )

3) Tekapkan daun kobis pada breast (petua ni mak bagi..mak kate guna kobis jantan (x tau pulak kobis ade jantina..hihi..) masa awal2 berpantang dulu ade la dalam 2-3 kali gak guna cara ni...alhamdulillah berkesan jugak. Caranya letakkan kobis dalam peti ais..tujuannya nak bagi kobis tu sejuk...selepas tu tekap la kt breast yang bengkak tu...insyaAllah..kesakitan akan berkurangan...)

4) Marmet (yg ni belum mahir lagi)

Itu jer la yang maya tahu...mungkin ada cara lain lagi...tp, yg penting kerapkan penyusuan secara terus kepada baby (direct feeding) dan mengepam susu apabila berjauhan dengan baby bagi memastikan masalah bengkak susu ini tak kan berulang...


Nota kaki : Masa balik kerja smlm..bengkak x surut lagi..encik hubby cyg ambik kt ofis pun maya buat muka...bukan marah pada dier tp, sdg menahan sakit...x sabar nak jmpe bos kecik untuk melegakan rasa sakit ni..maafkan shie yer abg..trime kasih sbb memahami...i love u.. :-)

Wednesday, January 30, 2013

2 Tahun Sudah Berlalu...

Assalamualaikum...

Hari ini...30 Januari 2013...tergerak hati untuk kembali menulis..tapi..byk benda dah lupa...huhu....seiring dgn peredaran masa...yg dulunya seorang anak kepada ibu dan bapa..kini telah menjadi isteri dan ibu kepada si kecil Marsya Qashrina...teringin rasenye nak mengabdikan kenangan2 bersama orang kesayangan dalam blog ini...moga dipermudahkan semuanya...amin...