Friday, October 31, 2014

ABADIKAN KENANGAN: KEJUTAN BUAT SUAMI SEMPENA 2nd ANNIVERSARY

Assalamualaikum...

Sementara mood menulis tengah ada ni ,maya nak abadikan surprise yang maya buat kepada suami sempena 2nd Anniversary kami. Kisah ni pun dah hampir setahun yang lepas. InsyaAllah, bulan Disember 2014 ni kami akan menuju ke 3rd Anniversary pula...Alhamdulillah..

Lama dah maya fikir, kejutan yang macam mana eh nak buat, nak candle light dinner...tapi x tau kat mana...nak pulak kat Ipoh ni tak banyak pilihan. Lama jugak maya fikir kejutan yang macam mana...huhu.Fikir punya fikir, lastnya ada idea, nak buat sendiri je candle light dinner kat rumah. Tapi nak masak menu special..macam western food. Husband suka makan lamb chop, tapi maya x pandai nak buat :-( Jadi, duk fikir, nak beli je lamb chop, pastu hidang cantik2 dalam pinggan, ok jugak cadangan tu, tapi lamb chop yang sedap tu kedainya bukak petang, jauh pulak dari rumah, sempat ke nak gi beli?husband sampai rumah around 6.40 ptg ke atas...macam x sempat je..dahla nak hias cantik2 lagi..barang2 nak buat candle light dinner pun x beli lagi.....hmmmmmmmmm... ;-((

Jadi, x semena-mena dapat idea..ting!!!!hehe...maya masak je la sendiri lamb chop tu, baru puas hati, guna air tangan sendiri untuk sediakan makanan buat suami yang tercinta. Tapi, x pandai nak masak, jadi google lah kte cara nak masak lamb chop dan chicken chop. Chicken chop pulak febret tuan tanah, jadi mestilah kena buat jugak kan..hehe. Google..punya google, dapatlah resepi paling mudah untuk masak lamb chop dan chicken chop. Hati penuh yakin dapat masak sendiri, cuma kena rangka pelan yang sempurna untuk memastikan pelan kejutan untuk suami ini berjalan dengan lancar tanpa dapat dihidu oleh suamiku...hihihi.

1st thing, kalau marsya ada sekali, memanglah ibu x boleh buat apa, jadi, awal2 dah cakap dengan pengasuh, tarikh 24 Disember tu nak minta pengasuh tolong jagakan marsya sampai malam sebab ibu nak gi celebrate anniversary dengan ayah. Alhamdulillah,dapat pengasuh yang memahami, dia kata ok. Pengasuh siap cakap dia pun x pernah nak sambut anni berdua dgn husband walaupun anak dah 3 orang...huhu. Perempuan...memang hatinya gitu, kalau boleh setiap tahun, tarikh2 keramat ini memang nak disambut dengan orang tersayang. Lagi best, kalau dapat pasangan yang memahami hati orang perempuan ni tau. Tapi, lelaki...memang sejak azali kejadian ciptaannye sebegitu..tak ramai yang berjiwa romantik ni. Jadi, kalau suami x romantik, jomle kite para isteri meromantikkan diri sendiri untuk suami..kehkehkeh...

2nd thing, isu marsya dah selesai, jadi kte kne apply cuti la pada hari berkenaan sebab tarikh tu hari bekerja kan. Apply cuti senyap2 tanpa pengetahuan suami agar kejutan ini tidak dihidu ok..hehe. Pastu kene pastikan kt mana kte nak beli barang2 tuk masak dan prepare chicken & lamb chop tu,dan akhirnya pilihan nak beli semua barang itu ialah Mydin Gopeng..hihi.

Pada hari berkenaan, 24 Disember 2013, Hari selasa, bangun pagi macam biasa, prepare bento marsya dan juga sediakan sarapan special ckit untuk encik suami :-D


Puding roti kurma dan choco malt panas :-))

Lepas tu salam, peluk, cium dan minta maaf macam biasa sebelum pegi keje, hantar marsya kat rumah pengasuh, kiranya macam pergi keje macam biasa...tapi, rupanya lepas je keluar dari kawasan rumah terus melencong ke Mydin..hihi. 1st time gi Mydin, mydin pun x bukak lagi, so duduk la lepak2 sambil tgk tab dalam kereta sementara mydin bukak. Bila mydin bukak je, terus masuk walaupun ada rasa segan sebab awal bebenor gi mydinnye...huhu. Pekerja mydin siap beratur ucap selamat datang lagi tau..hikhikhik.. rasa dialu2kan sgt tau. So, sepantas yang boleh cari bahan2 yang diperlukan untuk buat lamb chop dan chicken chop, dah settle kt mydin, singgah kedai serbaneka pulak nak cari pasu kecik nak letak bunga, pastu singgah tesco, nak cari lilin, bunga dah beli kat mydin, lepas tu terus ke pejabat agama pulak nak ambik kek dan mini pavlova yang ditempah dengan kawan yang keje kat situ. Sebelum sampai ipoh, singgah pulak kedai baju sebab baru teringat baju yang lawa2 dah x de, jadi belilah baju lawa ckit nak bercandle light dinner dengan kekasih halal kan :-) Tengahari baru sampai rumah, kemas rumah, solat dan terus prepare menu istimewa yg dirancang itu.

Ok, masak punya masak, alhamdulillah, semuanya dah settle, cuma nak deco macam mana ye tuk letak lilin, kek, hadiah, mini pavlova. Candle light dinner kt bar counter kat rumah kami je. Dan hasilnya, seperti ini..hehehe... (bangga dengan diri sendiri tau :-P)..


 candle light dinner di bar counter jek...


I love u Mohd Farhan bin Sungib :-)



 Deco sendiri je, walaupun baru 1st time, boleh la jugak nak dibanggakan..kan..kan.. :-P


 Bila lampu di pasang...




Lilin tu beli kt Mr. DIY, mini pavlova dan kek tempah dengan kawan, yang kotak tu hadiah untuk hubby...


 Macam ni la lebih kurang viewnye...hihi..
Lilin i love u betul2 depan pintu masuk rumah kami :-)


 Chicken chop dan lamb chop yg x letak lagi kuah black pepper, fresh oren pun blender sendiri jerk.. 



 kek yang ditempah untuk 2nd anniversary kami :-)




 Ok, yang ni selepas letak kuah black pepper...nyum2..sedap..hehe



Ok, sebelum husband balik, maya dan setup meja semua..Ya Allah..nervousnya rase...rasa macam mula2 kawin dulu...nervous nak tunggu husband balik..huhu...risau x menjadi...x sabar nak tengok reaksi dia...mesti dia terkejut kan...tangan pun sejuk2 tunggu husband balik...kelakar betul...hihi..

Maya juga dah setup laptop, letak dalam bilik, dah standby cd...cd ni sgt bermakna dalam hubungan kami ini..ada lagu nostalgia dalam tu, cd tu husband yg bagi masa mula2 kami berkawan. Panjang kisah percintaan kami ini, pernah bercinta sekejap, lepas tu putus dan terus menghilang..selepas 5 tahun, jumpa balik, in love balikk..baru tahu dalam cd tu ada lagi nukilan yang paling teristimewa yang suami coretkan untuk maya..siap background lagu winter sonata tau..huhu..kuasa Allah kan...x sangka orang yang kita x sayang dulu, akhirnya jadi suami kte...Allah...sungguh besar nikmat ini Ya Allah..insyaAllah, kalau ada masa, maya buat satu entry pasal kisah kami ini :-) cd tu maya cadang, bila husband bukak je pintu, lagu tu akan dipasangkan...kira nak buat suasana paling romantikkkk...hehe.Husband sampai tersipu2 malu tau bila dgr lagu tu, siap x mengaku cd tu die bagi :-P malu sgt la tu kan..hehe...cd tu bukan lagu je..die bergambar..husband yg create..gambar dan tulisan dalam tu berjalan mengikut lagu..maklumlah, husband ade degree dalam bidang multimedia kan..small matter la kan die bt tu..kalau maya, mmg la x tau..huhu. Apa2 pun...alhamdulillah, menjadi plan suasana romantik bila pasang cd tu... :-))


 Muka happy kekasih halalku...Mohd Farhan bin Sungib :-))
Ok, masa mula2 husband masuk rumah, maya mengintai dari pintu bilik utama, memang nampak dia terkejut sangat...hihi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, suami cakp dia terharu sangat...siap peluk lagi...huhu...suami siap cakap, dia ingat dia tersilap masuk rumah orang India yang sambut deepavali...hampeehhh kan...hihi.. tapi, maya tahu, dalam hati dia mesti happy kan....hehehehehe..
 peaceeee....

 view bila dipasang lampu LED rumah kami...


 
 tgk...dah licin kann...sedap ler tu kan..hihi..


Kalau ikutkan marsya kene stay kt rumah pengasuh sampai malam, tapi disebabkan rasa serba x kena sebab anak takde, suami ambik juga sebelum maghrib...cian marsya kne tinggal...pengasuh siap terkejut sebab ambik awal..hahaha...bila marsya masuk rumah je, dia pun terkejut sebab banyak sangat lilin...hihi..


 sambung candle light dinner dengan marsya pulak...hehe..



Alhamdulillah, inilah surprise yang maya buat sempena 2nd anniversary kami. Kejutan yang simple je...tapi menjadi kenangan yang manis buat kami. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga melainkan dapat menggembirakan hati orang yang kita sayang kan. Hanya Allah yang tahu betapa hati ini sangat mensyukuri nikmat memiliki suami seperti mu Mohd Farhan bin Sungib. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buat diri ini. Semoga keluarga kita kekal bahagia hingga ke syurga...amin.... I LOVE U SO MUCH my hubby cyggg....

3rd anniversary, apa kejutannya???rasa macam nak mintak suami belanja honeymoon kt mana2 la...boleh tak????mane tau, kalau ada rezeki, tahun depan boleh keluar adik marsya pulakkkkk....hahahaha...

9 comments:

  1. alahai sweet nya. tp rasa malu jgk kan bt surprise ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x dinafikan, mmg malu jugak masa nak buat surprise ni..tp, yg bestnye dapat hepikan husband kte...hehehe...

      Delete
  2. AsSalam...

    Salam ukhuwah dari Bunda...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hihi...nanti dah kawin, yui pun boleh buat mcm tu :-D

      Delete
  4. wah romantik nya. saya pun ada ada beberapa idea hebat hadiah untuk suami

    feel free to visit www.kedaihadiahonlineku.com

    ReplyDelete
  5. Sweeetttnya..semoga kekal till jannah

    ReplyDelete