Monday, February 4, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Kehidupan Selepas Berkahwin (PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh)

Alhamdulillah...majlis perkahwinan maya & suami berjalan dgn lancar. Sebenarnya, mase belum kahwin pun..kami memang bercinta jarak jauh..suami di Johor & maya di Perak...2-3 bulan sekali baru jumpa...selepas kahwin pun situasi masih x berubah..suami di Johor..maya di Perak..2 bulan pertama perkahwinan kami bergilir2 naik bas (Perak - Johor - Perak - Johor) Maya kerja dengan Kerajaan Ng. Perak..suami pulak kerja swasta...skop bidang kerjanye di Perak ni agak terbatas..jadi agak sukar nak dapat kerja kt Ipoh ni...huhu...

Actually..masa belum kahwin...start bulan 8 tahun 2011 kitorang dah mengaji same2...walaupun masa tu kami berPJJ..perkara tu bukan penghalang tuk kami melakukan kebaikan bersama-sama.Ini juga disebabkan kami memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah untuk membantu kami mencari jalan penyelesaian dalam kehidupan berPJJ ni terutamanya selepas berkahwin nnt. Memang x nampak lagi jalan untuk kami hidup sebumbung selepas berkahwin nnt tp, kami yakin..Allah pasti membantu kalau kita ikhlas memohon padaNya..

Mcm mana ye kami mengaji sama2?
Ape surahnye ye?hehe...

Setiap malam..selepas maghrib,sama ada maya @ suami yang akan call...kami akan mengaji surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk.. dan selepas tu suami akan mengajar tajwid yg betul kepada maya semasa mengaji..best kan?:-) kenapa kami baca surah2 tu yer?sebabnya surah al-waqiah dan surah al-mulk tu banyak fadhilatnye...antaranya :-

Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir, murah rezeki dan,

Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur

Rezeki Allah tu kan luas..dapat hidup bersama selepas berkahwin itu pun rezeki...jadi selepas kami berusaha..kami menyerahkan semua harapan dan doa kami kepada Allah..moga impian kami untuk hidup bersama selepas berkahwin menjadi kenyataan..dan sebab itulah kami mengamalkan membaca surah Al-Waqiah ini tiap2 hari bersama(hanya melalui telefon) memohon dimurahkan rezeki kami.Kalau suami ada hal..x dpt nak mengaji..maya akan mengaji seorang..begitulah juga sebaliknya...

Surah Al-Mulk pulak tuk bekalan kami semasa di alam yg kekal abadi nnt..semoga dipmudahkan untuk kami nanti...aminn...dan dalam masa yg same..kami terime 2 berita gembira tau............



1) Alhamdulillah...memang murah rezeki kami...belum pun perkahwinan kami mencecah sebulan...maya disahkan MENGANDUNG!!!!
Alhmdulillah..alhamduillah...alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas rezeki ini....:-) kami memang inginkan anak seawal yg mungkin..dah alhamdulillah..Allah makbulkan :-)

2)Alhamdulillah...murah rezeki kami lagi...suami dpt kerja di Tg. Malim Perak...:-) company tempat suami bekerja bukak cawangan di Selangor..tp, ade projek perumahan di Tg. Malim..dan suami mintak tuk bertukar ke tapak projek tu..Alhamdulillah...Allah perkenankan doa kami.Walaupun masih berPJJ (gopeng-tg malim-100 km-masih jauh tuk berulang) tapi..kami sgt bersyukur sbb x la jauh sprt di Johor...dgn keadaan Maya masa tu dah berbadan dua...memang maya dah x larat nak naik bas ke Johor-Perak lagi..huhu...dan sejak itu, tiap2 minggu suami akan balik ke rumah keluarga Maya setiap hari Sabtu dan akan pulang ke Tg. Malim pada pagi Isnin...alhamdulillah :-)

**Bestkan...ni la nikmat hidup bertuhan....sgt indah dan sgt membahagiakan...kiter kene percaya setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya dan yakin Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba2nya....**

Tp, projek perumahan itu akan siap sekitar bulan Ogos - September 2012...selepas habis projek tu suami kena pindah balik ke Johor...huhu...jadi dalam jangka waktu yang ada ni..kami akan terus berusaha untuk mencari peluang tuk tinggal bersama..x mahu lagi berPJJ..terutamanya bila ank kami lahir nnt...dan amalan mengaji surah Al-Waqiah, Al Mulk bersama secara berdepan ataupun melalui telefon (apabila berPJJ) tidak pernah kami tinggalkan sbb tu salah satu cara kami memohon pada Allah tuk memperkenankan doa kami tuk hidup bersama tanpa PJJ lg...huhu..dan sejak mengandung...selepas jer habis mengaji bersama..suami akan membaca pulak surah Luqman dan Yasin tuk baby dlm kandungan...smoga anak kami nnt menjadi anak yg solehah,anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa dan tahan dari godaan syaitan...amin...


Nota kaki: Maya bersyukur sgt sebab memiliki suami yg baik mcm abg..terima kasih sbb selalu ada waktu senang ataupun susah sejak dari kte belum kahwin lagi hinggalah sekarang..i love u so much Mohd Farhan bin Sungib..semoga kita kekal bahagia hingga ke syurga..aminn....