Friday, May 23, 2014

KEMBARA SUCI MENCARI REDHA ILAHI: ALLAHUAKBAR

Assalamualaikum...

Daripada semalam, hati ni berdebar-debar je bila mengingatkan pasal visa umrah kami yang belum ada keputusan. Kata Ustaz Kamal, insyaAllah, hari ni keputusan kelulusan visa kita akan tahu pada hari ni (Jumaat, 23.5.2014). Allahuakbar...Aku mohon Ya Allah..mudahkanlah perjalanan umrah kami ini Ya Allah...mudahkanlah visa kami diluluskan tanpa sebarang masalah..amin...


Malam tadi ajak husband solat hajat sama2...mohon mudahkan perjalanan umrah kami ini..mohon jugak pada mak untuk sama2 solat hajat di kampung...mohon tiada sebarang halangan untuk kami sekeluarga menjadi tetamuNya...sebak rasa di hati ini bila husband doakan kemudahan untuk kami ke sana...moga Allah perkenankan doa kami...Amin Ya Rabbal Alamin.....

Wednesday, May 21, 2014

KEMBARA SUCI MENCARI REDHA ILAHI : MOHON DOA



Assalamualaikum....


Alhamdulillah..sekiranya tidak ada aral melintang, kami sekeluarga akan menunaikan ibadah umrah 27 Mei 2014 - 9 Jun 2014. Mohon doa rakan-rakan di alam maya ini agar urusan visa kami dipermudahkan. Sekarang Kerajaan Arab Saudi sudah hadkan tempoh sah laku visa hanya 15 hari...jadi permohonan visa kami belum ada keputusannya. Mohon doa kawan-kawan agar urusan kelulusan visa kami dipermudahkan dan kami dapat menjadi tetamu Allah seperti tarikh yang ditetapkan..Amin Ya Rabbal Alamin....

Wednesday, May 14, 2014

MARSYA : Admitted Again ;-((

Assalamualaikum.....

Seperti tajuk di atas..marsya kene admitted lagi sekali di Hospital Pantai Ipoh. Admitted sebab viral fever...suhunya 39.4 'C...pastu susah pulak turun suhunya.Jumaat malam dah mula demam....lepas tu petang Sabtu tu dah ok. Hari Ahad balik kampung, jumpa tok dgn opah, sebelum balik singgah Mydin dan ngetea dgn tok & opah dulu...marsya aktif macam biasa...tapi malam tu bila sampai rumah, badan mula panas balik dan suhu mencanak naik sehingga 39.4' C..huhu. Pukul 1 pagi mandikan marsya, lepas tu marsya tido..bila pukul 3 pagi tengok suhunya naik lagi 39.2'C terus myHC masukkan ubat bontot pada marsya...sehingga pukul 5 pagi, suhunya tak turun2..masih 39'C ke atas..Allahuakbar, risau sangat..lepas discuss dgn husband, lastnya pagi tu selepas subuh, kitorang bawak marsya gi Hospital Pantai..dan setelah di check oleh doktor di Emergency, doktor sarankan untuk marsya masuk wad untuk pantau demamnya..huhu..


Akhirnya, berkampungla kami 3 beranak di Hospital Pantai selama 4 hari 3 malam (28.4.2014 - 1.5.2014). Alhamdulillah, marsya dicover oleh insurans dan dapatlah kami 3 beranak duduk di 1st class wad..huhu. Alhamdulillah, marsya x de demam yang serius cuma tonsilnya bengkak, bila bengkak, kuman berkumpul kt situ dan itulah punca marsya demam..huhu..moga lepas ni anak ibu Marsya Qashrina bt Mohd Farhan sentiasa sihat dan membesar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang hendaknye....amin....

Ni gambar kat rumah selepas discaj dari hospital...lemah je anak ibu...huhu..