Thursday, September 26, 2013

Insurans Yang Terbaik Untuk Anak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..maya dan suami diberi kesedaran untuk mengambil insurans untuk Marsya. Insurans ini bukan hanya penting untuk masa sekarang tetapi juga untuk masa depan marsya..sekurang2nya, sekiranya kami dah x de nanti (semoga kami panjang umur n diberi peluang untuk melihat marsya dewasa...aminnn) sehingga Marsya berumur 21 tahun dia akan dicover oleh insurans. Tapi, bukan sebab itu saja, banyak lagi kelebihan dan kebaikan mengambil insurans utk anak ni. 

Sekarang ni kami bayar RM120 sebulan untuk insurans ni. Alhamdulillah, rasanya masa marsya 6 bulan kami dah ambil insurans ni. Insurans ni selain untuk perubatan dan pelaburan, dia juga termasuk untuk kos rawatan biasa di klinik. Yang bestnya kita hulur je kad klinik tu, automatik kita x pyh bayar kos rawatan tu. Pihak insurans yang akan bayar pada klinik tersebut. Tapi, klinik-klinik yang terpilih sahaja yang tersenarai di dalam klinik panel. Rasanya setiap negeri n daerah dah ada klinik panel untuk insurans ni.

Ye la...kita bukan sentiasa ada duit ye dak...kalau sekiranya anak x sihat time hujung bulan..mana kita nak dapatkan duit untuk bayar kos rawatan di klinik swasta tu?klinik kerajaan memang la free sbb maya pun kerja kerajaan, tapi masa menunggu nk jumpa doktor tu...masyaAllah, berderet orang tunggu giliran. Kadang-kadang, bila anak tak sihat, kita nak rawatan yang cepat, x nak tunggu lama-lama kan. Jadi, bila kita dah ada ambil insurans ni untuk anak, senang sikit urusan kita. Hulurkan kad, tunggu giliran jumpa doktor, jumpa doktor, ambil ubat n kad n balik..settle..x pyh nak fikir2 lagi kos rawatan..hihi...sama juga sekiranya anak kena masuk wad, selalunya hospital-hospital swasta mcm KPJ, Hospital Pantai, Hospital Fatimah (ni di Ipoh ye) tersenarai sebagai hospital panel utk insurans ni...kita hulur je kad tu untuk masuk wad tanpa bayar sesen pun..mudahkan?? :-)

Jadi, untuk kemudahan sekarang n di masa hadapan, x rugi rasanya melabur RM120 sebulan untuk insurans anak. Macam marsya, memang jarang sgt demam..dah setahun ni br 2x demam, tapi tiap kali demam x lama, dalam sehari je...syukur alhamdulillah. Ini mungkin berkat marsya sepenuhnya menyusu badan.Jadi memang jarang guna la kad klinik tu kan. Tapi, x pe..ni persediaan di masa hadapan...bak kata pepatah Melayu "sediakan payung sebelum hujan" gitttewww...hihi..

Ok..Insurans yang maya dan suami ambil untuk marsya ialah Prudential Assurance Malaysia Berhad :-) memang byk benefits yg kita akan terima. Kalau ikutkan RM100 je sebulan tapi disebabkan nak tambah kad klinik kena tambah lagi RM20, jadi totalnya RM120. Memang berbaloi-baloi. InsyaAllah :-)

6 comments:

  1. Seronok yer....Prudential byk manafaat rupernya ye...selalu Umi Qi dengar rata2 ramai bayar RM100...rupernya utk dpt kad klinik tambah RM20 jek kan...best yerrrrr....sbb Umi QI selalu pi klinik overal byr pun lebih RM50 tau...sgt berbaloi :)

    ReplyDelete
  2. hihi...tq Umi Qi sbb komen n jadi 1st follower blog maya ni..terharu tau :-) mmg berbaloi2..x rugi ambik insurans utk anak :-))

    ReplyDelete
  3. salam boleh x bg no h/p pic yang awak contact utk insuran ni?

    ReplyDelete
  4. ni nombornye Momyairis 0175163168 (Taufik)

    ReplyDelete
  5. ada review terkini mengenai insuran ni tak? memang concern sekarang untuk ambil insuran yang boleh cover rawatan klinik sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis intan nadia,
      start thn 2015, pihak insurans dah x cover utk rawatan klinik..jadi byrn bulanan pun dah berkurang rm 103 je sebulan..mungkin insurans rugi kot sbb kami selalu je gi klinik kalau anak x sht..hehe

      Delete