Friday, September 27, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum...

Bersempena dengan hari Jumaat pada hari ini...maya nak mengimbau kembali kenangan-kenangan manis melahirkan anugerah Allah yang paling bernilai dalam hidup kami iaitu kelahiran Marsya Qashrina bt Mohd Farhan. Dah setahun dah pun si kecik tu..tapi, tetap nak coretkan juga dalam blog ni untuk tatapan anakanda tersayang bila besar nanti.

(5.9.2012)
Hari tu maya ada appointment dengan doktor pakar di Hospital Ipoh sebab doktor di KK kata saiz baby semakin mengecil. Graf kandungan daripada awal memang normal, tapi bila dah 36 minggu, graf pembesaran baby menurun. Ini menunjukkan baby semakin mengecil..huhu. Doktor anggarkan baby dalam perut sewaktu 36 minggu sekitar 1.7kg sahaja :-(.

Suami pun ambikla cuti pada hari tu sebab nak temankan maya jumpa doktor pakar. Lama gak tunggu utk jumpa doktor...dan masa jumpa doktor tu doktor memang sahkan baby mengecil dalam perut. Doktor cakap perkara ini tak boleh dibiarkan sebab risaukan keadaan baby dalam perut tu. Doktor juga cakap mungkin baby x nak membesar dalam perut, dia nak membesar di luar..hoho..Jadi, doktor suruh maya masuk ward hari tu gak n dipaksa bersalin keesokkan harinya. Maya dan suami memang terkejut sebab due lambat lagi...huhu. Jadi doktor suruh maya buang air dulu sebelum melalui proses SELUK!!!huwwaaaa....sangat2 menggerunkan :-(


Kesimpulannya, proses SELUK itu memang menyakitkan...huwwaaa...:-(( lepas tu doktor bagi masa untuk masuk wad selepas pukul 2 ptg. Jadi dalam keadaan masih terkejut sebab esok dipaksa bersalin, maya telefon mak beritahu perkara sebenar. Baru cakap sikit je dah sebak...huhu. Tak boleh nak cakap banyak sebab bila dengar je suara mak, automatik air mata mengalir laju dan suara pun tersekat-sekat. Suami siap pesan kat maya jangan menangis sebab kalau maya menangis, dia pun akan sama menangis..:-P...dan akhirnya suami pun ikut sama menangis sebab maya x boleh nak tahan rasa sebak tu :-P

Jadi, my hubby cyg @ suami pun tanya, nak makan apa?otak memang blur sebab masih terkejut. Jadi, akhirnya kitorang makan di McD (rupa2nye itu yg terakhir mkn Mcd sbb selepas itu kami BOIKOT mkn Mcd sampai skrg atas sebab Mcd ada salurkan dana untuk rejim YAHUDI). Masa tengah makan tu pun masih sebak...x tau la kenapa sebak bebenor...hihi..sementara tu tulis nota utk my HC bwk brg2 dari rumah untuk ke hospital...

Masa nak daftar masuk wad tu, memang kami nak ambil 1st class sebab 1st time bersalin, kalau boleh maya nak suami sentiasa di sisi. Masa beratur untuk daftar masuk wad, orang di depan maya pun tanya bilik 1st class untuk isteri dia, tapi, nurse cakap wad 1st class penuh..dalam hati maya masa itu dah rasa kecewa sebab mesti maya pun x dapat masuk wad 1st class kan :-( 

Tapi kuasa Allahkan, masa turn maya, maya tetap gak nak tanya, wad 1st class untuk bersalin masih kosong x?nurse cakap, penuh, tapi dia cakap, tunggu sekejap, saya check lagi sekali..alhamdulillah, murah rezeki kami, wad bersalin 1st class kosong!!!pesakit kt bilik tu baru je keluar. ALHAMDULILLAH...syukur sgt2...terima kasih Ya Allah :-))

Ok..seterusnya...next entry la ye :-)

Tata...

No comments:

Post a Comment