Thursday, April 24, 2014

MARSYA : PLAYROOM

Assalamualaikum...


Hari ni nak share pasal playroom marsya..ahad lepas dapatlah kemas playroom yang hampir 2 minggu tak berkemas..puncanya sebab balik Johor, Baktok marsya tak sihat..jadi semua aktiviti mengemas rumah direhatkan sementara waktu....kte tengok gambar je la ek...






Semua idea dan dekorasi adalah dari maya sendiri...guna barang2 murah jer..yang penting cantik dan memenuhi kriteria yang maya nak..mudah nak kemas balik dan tak merbahaya untuk marsya. Blackboard yang bertulis "Playroom Marsya" tu maya baru letak, bagi penambah seri playroom anak dara..maya beli kat kedai RM2 je..murahkan...hehe. Banyak gak la idea nak bagi playroom ni lagi ceria tapi maya hold dulu lah sebab nak bagi laluan kepada perancangan terbesar keluarga kami bulan Mei ini...moga dipermudahkan..aminnn...



Lame x upload gambar marsya...ni gambar beberapa bulan yang lepas..baru ambik dari rumah pengasuh tengok2 dah bertudung..hihi..macam comel jerk..tp marsya time tu dah bad mood..tu yang monyok je tu..gambar terbaru, nanti baru upload sebab kerajinan untuk tranfer gambar belum tiba lagi..


Sekian. Tata.

Wednesday, April 23, 2014

PERKONGSIAN: Petua Kecantikan Makanan Sunnah

Assalamualaikum...

Hari ni hari Rabu...hari ketiga maya berpuasa ganti minggu ni..ada 6 hari lagi...harap terus beristiqamah sehingga dapat menyelesaikan hutang puasa tahun lepas dalam minggu depan...aminn...

Tadi, maya ada tengok video Ustazah Norhafizah Musa di You Tube berkenaan Petua Kecantikan Makanan Sunnah. Banyak sangat ilmu yang maya dapat daripada video tu. Salah satunya berkenaan dengan wanita Madinah yang bersalin secara pembedahan sebanyak 9 kali tanpa sebarang masalah kerana mengamalkan makanan sunnah!! Allahuakbar!! Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya...menciptakan sumber alam yang berkhasiat untuk hambanya menjaga kesihatan diri luaran dan dalaman. Cuma kita je yang tak alert tentang perkara ni kan? Huhu...

Kat sini maya catitkan apa yang ustazah itu cakapkan:-

*Selepas bangun tido minum air suam 
*Makan satu sudu minyak zaitun
*Makan dua sudu pati delima
*Makan campuran air suam + satu sudu madu + sedikit minyak habbatussauda + myk kelapa dara + zaffaran (1-2 helai) - seeloknya makan pada waktu pagi dan selepas itu perut mesti direhatkan dari sebarang makanan selama 2 jam
*Selepas makan makanan berat, digalakkan untuk makan sedikit cuka kurma untuk membantu membuang bahan2 yang x diperlukan oleh badan (cuka kurma ni banyak jual di mekah@madinah..kt malaysia pun ade cuma kene cari)
*Jadikan kulit kayu manis sebagai jajan harian sebab rupa2nya kulit kayu manis ni dapat membantu mengurangkan sakit kepala, stress dan dapat memberi tido yang lena - caranya, ketuk2kan kulit kayu manis tu menjadi kecil, dan makan) Ustazah cakap juga yang kt Malaysia ni kulit kayu manisnya kebanyakannya adalah tiruan, jadi nak dapatkan yang asli kene beli di Indonesia...huhu.
*Amalkan juga makan estrak kacip fatimah yang asli untuk kekuatan dan kesihatan luaran dan dalaman wanita. (ustazah cakap kalau nak yang asli beli keluaran dari UTM)
*Istiqamah la mengamalkan makanan sunnah ini untuk mendapatkan hasil yang baik...

Sekian..perkongsian hari ini..

Tata...

Tuesday, April 22, 2014

TERIMA KASIH ALLAH: Pengalaman Bersalin Anak Pertama Part III

Assalamualaikum..


Fuhhhhh...lame betul ambik masa nak sambung Part III ni..marsya pun dah nak masuk dua tahun bulan September ni tau...hihi...walaupun ini blog ikan bilis...maya tetap nak coret untuk tatapan anakanda bila dah besar nanti :-D

Ok, kita sambung cerita bersalin yang tergantung dulu..sambungannya daripada entry ni.

Lepas tu myHC pun pegilah balik ke Dewan Bersalin tu..maya dah selamat baring di wad yg sama sebelum bersalin. Masa itu..abg long, mak, abah, abg ngah & bakal kakak ipar pun dah datang untuk melawat maya dan baby..tapi baby x de ikut sekali masuk wad dgn ibu :-(

Tak lama lepas tu, myHC datang dan bagitahu baby masuk wad 6C sebab beratnya tak cukup 2kg. MyHC tanye gak kenapa x panggil dia untuk azankan dan doktor kat situ bagitau diorang belum selesai check badan baby sebab risau ada sebarang masalah kat baby. Babykan sizenye kecik (1.9kg je) jadi doktor risaulah...huhu..tapi, alhamdulillah, selepas di periksa, baby tak de sebarang masalah cuma berat sahaja yang tak cukup..jadi baby kene tahan masuk wad dululah untuk pemantauan. MyHC cakap harap baby kuat sebab ayah lambat azankan baby...harap bacaan al-quran myHC  sepanjang mengandungkan baby dapat menampung tempoh masa yg lambat untuk azankan tu..aminnn...


Maya masih tak dapat jumpa baby sebab wad bersalin dengan wad kanak-kanak 6C jauh..jadi myHC saja yang berulang ke wad 6C untuk pantau baby..dalam hati masa itu asyik terfikir macam mana la rupa anak aku sebab masa dalam dewan bersalin tu x berapa jelas mukanya..hihi.Perasaan selepas bersalin itu susah nak diterangkan..perasaan yang seakan tak percaya yg maya dah bersalin dan mempunyai anak sendiri!! Allahuakbar..sungguh besar kekuasaanMu..

Malam tu maya tido di wad tanpa baby di sebelah..hanya myHC yang menemani..mungkin sebab kesan ubat yang belum hilang, maya asyik tido je..jadi x boleh nak fikir pasal baby yang berada di wad 6C tu.Walaupun myHC dah tunjukkan gambar baby yang dia tangkap curi2 kt wad tu, tapi, hati rasa x puas sebab x dapat nak tengok wajah baby secara live..huhu...moga ada harapan untuk jumpe baby esok hari...


Perkara yang maya x boleh lupa malam tu bila tiub kencing tu dibuka..dan maya kene berjalan ke toilet bila nak buang air!! alhamdulillah, dapat wad 1st class, jadi toilet pun dalam bilik. Walaupun dalam bilik nak menapak ke toilet tu memang sangattt azab..rasa macam perut nak terjatuh dari badan!!sakittt..sakittttt...x tau nak cakap macam mana :-( Nasib la myHC ada teman, dia yang pimpin maya masuk ke toilet tu...huhu. Bila dah masuk toilet, myHC siap tunggu kt depan utk maya buang air, masa itu maya rasa nak menangis sebab x tau nak buang air macam mana!! :-( serius!! rasa macam saluran air kencing tu dah x bersambung antara satu sama lain..rasa lain macam sangattt :-( lame duk duduk kt toilet tu..pastu baru lah dapat buang air...maya mmg x dapat nak buat sendiri sebab badan x boleh nak membongkok..buat ape pun sakit..jadi, sepanjang hari itu, myHClah yang tolong basuhkan,yang tolong pakai dan tukarkan pad maya sepanjang 3 hari dalam wad tu. Rasa bersalah sebab menyusahkan myHC...dan sesungguhnya...

"Sungguh besar pengorbananmu wahai suamiku"...maya siap minta maaf sebab risau susahkan dier..tapi, myHC cakap tak pe..tak susahkan pun..bila susah kita susah sama2..bila senang, kita senang sama2..ALHAMDULILLAH Ya Allah..kerana Engkau pertemukan suami yang begitu baik terhadapku...syukur Ya Allah..

Part IV..nanti kite sambung lagi....

Tata...

Friday, April 18, 2014

Punca Pening Kepala

Assalamualaikum....

Apa sebenarnya punca pening kepala ye?dah 2 ke 3 hari ni kepala rasa pening je..rase macam x jejak kat tanah...kenapa ek?risaula...tapi x nak fikir bukan2...boleh tak gitu??huhu...

Hari ni cadangnya nak sambung balik Pengalaman Bersalin Anak Pertama Part III, harap rajinlah hari ni...aminnn...

Thursday, April 17, 2014

MARSYA: Penyusuan Penuh Sehingga 2 tahun..

Assalamualaikum...

Hari ni heboh pasal kematian Karpal Singh kan... x pe lah...dah tiba ajalnya..jadi terimalah dengan hati yang terbuka...

Sebenarnya maya nak coretkan tentang penyusuan lengkap marsya selama 2 tahun yang masih berbaki 141 hari lagi. Sekarang ini terasa sangat cabaran penyusuan ini. Mudah2an misi ini berjaya dan maya sebagai ibu memang berusaha untuk menyusukan marsya sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah, setakat hari ini marsya masih menyusu susu badan sepenuhnya..x de campur dengan susu tepung pun. Kalau nak kata, proses penyusuan ini mudah, itu adalah tanggapan yang salah..setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Macam tu jugaklah dalam proses menyusukan anak. Ibu terutamanya ibu yang berkerjaya mesti berkeazaman tinggi, kuat semangat dan sabar untuk menempuh 2 tahun pertama pembesaran anak dengan melengkapkan penyusuan.

Macam situasi Maya dan Marsya..alhamdulillah..setakat ini susu masih ada, cumanya stok dah x de!! sedih sangat..sebenarnya ini kesalahan diri sendiri yang tak mengikut jadual pengepaman sebabnya masa itu fikir, susu dah banyak, dah x muat freezer, jadi kite boleh skip satu sesi mengepam..tapi akhirnya perbuatan ini makan diri...:-( mulai minggu ini, maya pam untuk esok..stok ada tinggal 3oz je..jadi langkah drastik mesti dilakukan untuk elakkan kekurangan susu untuk marsya.

Mulai minggu ini jugak, maya bangun seawal jam 3 pagi atau 4 pagi untuk mengepam. Maya tambahkan lagi satu sesi untuk lengkapkan kuantiti susu yang marsya perlukan semasa di rumah pengasuh. Setakat ini alhamdulillah, kaedah ini sangat berjaya....sesi pertama mengepam jam 3 pagi, sesi kedua, 6.30 pagi, 11.30 pagi dan yang terakhir jam 4.30 petang. Walaupun sekarang ini susu dah x semeriah dulu, maya tetap berusaha untuk lengkapkan penyusuan penuh marsya selama 2 tahun ni. Harap sangat ada rezeki untuk kami....Aminnnnn Ya Rabbal Alamin...