Monday, September 30, 2013

MARSYA : Sedihnya lahai...

Assalamualaikum...

Pagi tadi hantar marsya kat pengasuh macam biasa. Bila ayah letak je dalam carseat terus menangis tersedu sedan. Ibu jenuh la memujuk dalam kereta tetap nak menangis gak. Anak ibu dah pandai ek?dah tau dah ari ni kena gi rumah ibu syida...

 Anak ibu dah besar dan kiut macam ibu...erkkkk... :-P


 sayanggg anakkk ibuuu.....

Ibu kena kerja sayang..harap sangat marsya faham...nanti petang ibu datang ambik ek..sekarang marsya dah banyak sangat akal...ibu dengan ayah terhibur dengan keletah comel marsya..semoga marsya membesar dengan baik dan sihat ye sayang..walaupun kadang-kadang ibu termarah marsya...dalam hati ni hanya Allah je yang tahu betapa kasih dan sayangnya ibu pada marsya. Maafkan ibu ye sayang..ibu janji akan cuba jadi ibu yang terbaik buat marsya...sayangggg anak ibuuuu.....


Tadi dalam kul 8.30pagi call kak syida, tanya marsya macam mana?sedih rasanya bila anak menangis2 bila nak gi kerja..rupa2nya marsya dah tdo..kak syida cakap masuk je buaian terus tido..hihi...comel je perangai ek...nanti marsya makan tau bekal yang ibu sediakan tu...rindu sgt kat marsya....

 

Friday, September 27, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum...

Bersempena dengan hari Jumaat pada hari ini...maya nak mengimbau kembali kenangan-kenangan manis melahirkan anugerah Allah yang paling bernilai dalam hidup kami iaitu kelahiran Marsya Qashrina bt Mohd Farhan. Dah setahun dah pun si kecik tu..tapi, tetap nak coretkan juga dalam blog ni untuk tatapan anakanda tersayang bila besar nanti.

(5.9.2012)
Hari tu maya ada appointment dengan doktor pakar di Hospital Ipoh sebab doktor di KK kata saiz baby semakin mengecil. Graf kandungan daripada awal memang normal, tapi bila dah 36 minggu, graf pembesaran baby menurun. Ini menunjukkan baby semakin mengecil..huhu. Doktor anggarkan baby dalam perut sewaktu 36 minggu sekitar 1.7kg sahaja :-(.

Suami pun ambikla cuti pada hari tu sebab nak temankan maya jumpa doktor pakar. Lama gak tunggu utk jumpa doktor...dan masa jumpa doktor tu doktor memang sahkan baby mengecil dalam perut. Doktor cakap perkara ini tak boleh dibiarkan sebab risaukan keadaan baby dalam perut tu. Doktor juga cakap mungkin baby x nak membesar dalam perut, dia nak membesar di luar..hoho..Jadi, doktor suruh maya masuk ward hari tu gak n dipaksa bersalin keesokkan harinya. Maya dan suami memang terkejut sebab due lambat lagi...huhu. Jadi doktor suruh maya buang air dulu sebelum melalui proses SELUK!!!huwwaaaa....sangat2 menggerunkan :-(


Kesimpulannya, proses SELUK itu memang menyakitkan...huwwaaa...:-(( lepas tu doktor bagi masa untuk masuk wad selepas pukul 2 ptg. Jadi dalam keadaan masih terkejut sebab esok dipaksa bersalin, maya telefon mak beritahu perkara sebenar. Baru cakap sikit je dah sebak...huhu. Tak boleh nak cakap banyak sebab bila dengar je suara mak, automatik air mata mengalir laju dan suara pun tersekat-sekat. Suami siap pesan kat maya jangan menangis sebab kalau maya menangis, dia pun akan sama menangis..:-P...dan akhirnya suami pun ikut sama menangis sebab maya x boleh nak tahan rasa sebak tu :-P

Jadi, my hubby cyg @ suami pun tanya, nak makan apa?otak memang blur sebab masih terkejut. Jadi, akhirnya kitorang makan di McD (rupa2nye itu yg terakhir mkn Mcd sbb selepas itu kami BOIKOT mkn Mcd sampai skrg atas sebab Mcd ada salurkan dana untuk rejim YAHUDI). Masa tengah makan tu pun masih sebak...x tau la kenapa sebak bebenor...hihi..sementara tu tulis nota utk my HC bwk brg2 dari rumah untuk ke hospital...

Masa nak daftar masuk wad tu, memang kami nak ambil 1st class sebab 1st time bersalin, kalau boleh maya nak suami sentiasa di sisi. Masa beratur untuk daftar masuk wad, orang di depan maya pun tanya bilik 1st class untuk isteri dia, tapi, nurse cakap wad 1st class penuh..dalam hati maya masa itu dah rasa kecewa sebab mesti maya pun x dapat masuk wad 1st class kan :-( 

Tapi kuasa Allahkan, masa turn maya, maya tetap gak nak tanya, wad 1st class untuk bersalin masih kosong x?nurse cakap, penuh, tapi dia cakap, tunggu sekejap, saya check lagi sekali..alhamdulillah, murah rezeki kami, wad bersalin 1st class kosong!!!pesakit kt bilik tu baru je keluar. ALHAMDULILLAH...syukur sgt2...terima kasih Ya Allah :-))

Ok..seterusnya...next entry la ye :-)

Tata...

Thursday, September 26, 2013

Insurans Yang Terbaik Untuk Anak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..maya dan suami diberi kesedaran untuk mengambil insurans untuk Marsya. Insurans ini bukan hanya penting untuk masa sekarang tetapi juga untuk masa depan marsya..sekurang2nya, sekiranya kami dah x de nanti (semoga kami panjang umur n diberi peluang untuk melihat marsya dewasa...aminnn) sehingga Marsya berumur 21 tahun dia akan dicover oleh insurans. Tapi, bukan sebab itu saja, banyak lagi kelebihan dan kebaikan mengambil insurans utk anak ni. 

Sekarang ni kami bayar RM120 sebulan untuk insurans ni. Alhamdulillah, rasanya masa marsya 6 bulan kami dah ambil insurans ni. Insurans ni selain untuk perubatan dan pelaburan, dia juga termasuk untuk kos rawatan biasa di klinik. Yang bestnya kita hulur je kad klinik tu, automatik kita x pyh bayar kos rawatan tu. Pihak insurans yang akan bayar pada klinik tersebut. Tapi, klinik-klinik yang terpilih sahaja yang tersenarai di dalam klinik panel. Rasanya setiap negeri n daerah dah ada klinik panel untuk insurans ni.

Ye la...kita bukan sentiasa ada duit ye dak...kalau sekiranya anak x sihat time hujung bulan..mana kita nak dapatkan duit untuk bayar kos rawatan di klinik swasta tu?klinik kerajaan memang la free sbb maya pun kerja kerajaan, tapi masa menunggu nk jumpa doktor tu...masyaAllah, berderet orang tunggu giliran. Kadang-kadang, bila anak tak sihat, kita nak rawatan yang cepat, x nak tunggu lama-lama kan. Jadi, bila kita dah ada ambil insurans ni untuk anak, senang sikit urusan kita. Hulurkan kad, tunggu giliran jumpa doktor, jumpa doktor, ambil ubat n kad n balik..settle..x pyh nak fikir2 lagi kos rawatan..hihi...sama juga sekiranya anak kena masuk wad, selalunya hospital-hospital swasta mcm KPJ, Hospital Pantai, Hospital Fatimah (ni di Ipoh ye) tersenarai sebagai hospital panel utk insurans ni...kita hulur je kad tu untuk masuk wad tanpa bayar sesen pun..mudahkan?? :-)

Jadi, untuk kemudahan sekarang n di masa hadapan, x rugi rasanya melabur RM120 sebulan untuk insurans anak. Macam marsya, memang jarang sgt demam..dah setahun ni br 2x demam, tapi tiap kali demam x lama, dalam sehari je...syukur alhamdulillah. Ini mungkin berkat marsya sepenuhnya menyusu badan.Jadi memang jarang guna la kad klinik tu kan. Tapi, x pe..ni persediaan di masa hadapan...bak kata pepatah Melayu "sediakan payung sebelum hujan" gitttewww...hihi..

Ok..Insurans yang maya dan suami ambil untuk marsya ialah Prudential Assurance Malaysia Berhad :-) memang byk benefits yg kita akan terima. Kalau ikutkan RM100 je sebulan tapi disebabkan nak tambah kad klinik kena tambah lagi RM20, jadi totalnya RM120. Memang berbaloi-baloi. InsyaAllah :-)

Wednesday, September 25, 2013

ALHAMDULILLAH : Marsya 1st Birthday!!! PART 1

Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam rajin skit nak update blog picisan ni..walaupun tau x de pembaca...tetap nak update untuk kenangan di masa hadapan...hehe. Walaupun cerita tentang bersalinkan marsya belum pun buat..tapi rasa excited nak update pasal celebrate 1st besday marsya Ahad lepas. Alhamdulillah..semuanya DIY je..cuma makanan dan khemah je tempah..yang lain sumer DIY by maya n suami jer :-)


 
Backdrop Majlis

Backdrop tu maya dan suami DIY je...pukul 3 pg Ahad baru siap tau...huhu. Tapi x pe..kepuasan tu yang penting, walaupun marsya baru setahun, x faham apa2pun, maya tetap buat sebab 1st birthday ni yang penting. Kalau sekiranya masa hadapan ada rezeki lebih, insyaAllah, majlis mcm ni akan diteruskan :-) doa2kan yer :-P




Zoom in backdrop 1st birthday Marsya :-)

Ok, next entry kita sambung k.. :-) 

Tata...

TERIMA KASIH ALLAH : Cerita 1 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Allah perkenankan doa kami pada 1 Ramadhan 1433H..suami start kerja di tempat baru, di Ipoh!!! yeayyyy!!! boleh pergi n balik kerja dengan suami..x perlu lagi risau mengantuk semasa memandu..ALHAMDULILLAH..cantikkan perancangan Allah? Allah beri tepat2 pada masanya...ALHAMDULILLAH...syukur Ya Allah...

Ceritanya macam ni..sambungan dari entry ni...selepas kami solat hajat bersama-sama, suami dapat interview di satu company di Ipoh, suami pergi interview tu n this company offer jawatan tersebut pada suami...tapi....suami x nak terima sebab gaji yang ditawarkan sangat2 rendah dari gaji yang suami dapat sekarang...huhu...tapi kami masih x putus harapan sebab kami yakin Allah pasti beri yang lebih baik buat kami...

Alhamdulillah,2-3 hari lepas tu, suami dapat call dari seseorang, dia perkenalkan diri dia n minta suami datang interview di satu company yang menurut kata beliau amat memerlukan seorang safety officer..pelik juga, macam mana orang tersebut dapat contact suami..rupa-rupanya dia dapat resume suami dari company yang first tadi n dia call untuk tawarkan kerja yg memang maya dan suami nanti2kan. See..cantikkan perancangan Allah? :-))


Alhamdulillah, suami pergi interview dengan big boss company tersebut n dapat offer yang sgt baik, jadi,suami pun terima jawatan tersebut. Syukur sgt22...suami akan mula kerja pada 1 Ramadhan 1433 H...masa tu pun maya dah mengandung 8 bulan...n bersyukur sgt2 dengan segala nikmat yang Allah turunkan pada kami...ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ALLAH :-))

Tapi, yang pasti kami akan buat doa selamat dengan rezeki ni...dan amalan membaca surah Al-Waqiah dan Al-Mulk tetap kami teruskan...surah Luqman pula suami akan baca tiap-tiap hari untuk zuriat kami yang masih dalam perut ni...ALHAMDULILLAH :-)) 

Pada 27 Ramadhan 1433H kami dah tunaikan niat kami untuk buat doa selamat...tapi disebabkan masa tu bulan Ramadhan, kami buat doa selamat di masjid sebelum berbuka dan menyediakan makanan untuk semua orang berbuka atau dgn kata nama lain, di kampung maya diorang panggil moreh. ALHAMDULILLAH,hajat tercapai dan perjalanan kehidupan ini Allah permudahkan..:-))

TERIMA KASIH ALLAH : Setelah 6 Bulan X Update :-P

Assalamualaikum...

Kita bersua lagi selepas 6 bulan..huahuahua..:-))

Hmm...nak cerita pe ek...hehe. Ok, cuba nak ingat balik cerita-cerita penting dalam hidup. Memang kami berPJJ sepanjang awal 8 bulan perkahwinan. Dalam masa tu, kami sama-sama berusaha untuk tinggal bersama bagi menjayakan hasrat kami untuk menjalani kehidupan normal pasangan berkahwin.

Ada gak la 2-3 kali suami maya pergi interview di Perak, ada yg dapat..ada yg x dapat..yg dapat tu ada beberapa perkara yang membuatkan suami x nak terima jawatan tu..huhu. Jadi, kami usaha lagi..di samping usaha, kami berserah dan tawakal kepada Allah. Kami terus beristiqamah membaca surah2 Al-Waqiah dan Al-Mulk yang memang kami amalkan sebelum kahwin lagi. Mohon sgt pada Allah, perkenankanlah doa kami untuk tinggal bersama..aminn..

Sepanjang 7 bulan mengandung, maya bersyukur sgt, fasa-fasa mengandungkan Marsya, alhamdulillah, tak de perkara yg terlalu sukar,mungkin sebab baby pun tahu ayah tinggal jauh dari ibu, jadi dia pun baik je dalam perut..hihi. Maya cuma alami perkara-perkara biasa shj yg dialami spanjang mengandungkan marsya. Pening kepala, kejang kaki semasa tidur, selera makan yg sentiasa berubah, berat badan naik..macam tu je la. Cuma, masalah mengantuk semasa memandu tu agak merisaukan. Perjalanan pergi ke tempat kerja mengambil masa 1 jam perjalanan, memang mengantuk tahap gaban!! makan la pe pun...memang mengantuk sgt2!!huhu. Ya Allah, sungguhhh... dalam hati ni risau sgt2..bln puasa yg lagi sebulan nak menjelma masa tu, risau sgt2 tahap mengantuk ni x dapat dibendung..bulan puasa MESTI double triple tahap mengantuknya. Masa tu, maya berharap sgt2 suami dapat kerja di Ipoh dan kami boleh sama-sama pergi n balik ke tempat kerja. Ya Allah tolonglah kami Ya Allah...

Masa tu, mungkin Allah nak kami usaha lebih lagi untuk Dia perkenankan doa kami..kami dah usaha,sekarang kami hanya berserah..jadi kami buat keputusan untuk solat hajat tiap-tiap malam selepas Isyak mohon pada Allah perkenankanlah doa kami untuk suami dapat kerja di Ipoh dan kami dapat tinggal bersama. Kalau suami di Tg. Malim, masing-masing sembahyang di rumah masing-masing. Kalau suami ada balik di Gopeng, kami akan solat hajat berjemaah dan ALHAMDULILLAH..ALLAH itu Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..akhirnya..ALLAH perkenankan doa kami.....TERIMA KASIH ALLAH...

sambungannya...next entry :-P