Wednesday, September 25, 2013

TERIMA KASIH ALLAH : Setelah 6 Bulan X Update :-P

Assalamualaikum...

Kita bersua lagi selepas 6 bulan..huahuahua..:-))

Hmm...nak cerita pe ek...hehe. Ok, cuba nak ingat balik cerita-cerita penting dalam hidup. Memang kami berPJJ sepanjang awal 8 bulan perkahwinan. Dalam masa tu, kami sama-sama berusaha untuk tinggal bersama bagi menjayakan hasrat kami untuk menjalani kehidupan normal pasangan berkahwin.

Ada gak la 2-3 kali suami maya pergi interview di Perak, ada yg dapat..ada yg x dapat..yg dapat tu ada beberapa perkara yang membuatkan suami x nak terima jawatan tu..huhu. Jadi, kami usaha lagi..di samping usaha, kami berserah dan tawakal kepada Allah. Kami terus beristiqamah membaca surah2 Al-Waqiah dan Al-Mulk yang memang kami amalkan sebelum kahwin lagi. Mohon sgt pada Allah, perkenankanlah doa kami untuk tinggal bersama..aminn..

Sepanjang 7 bulan mengandung, maya bersyukur sgt, fasa-fasa mengandungkan Marsya, alhamdulillah, tak de perkara yg terlalu sukar,mungkin sebab baby pun tahu ayah tinggal jauh dari ibu, jadi dia pun baik je dalam perut..hihi. Maya cuma alami perkara-perkara biasa shj yg dialami spanjang mengandungkan marsya. Pening kepala, kejang kaki semasa tidur, selera makan yg sentiasa berubah, berat badan naik..macam tu je la. Cuma, masalah mengantuk semasa memandu tu agak merisaukan. Perjalanan pergi ke tempat kerja mengambil masa 1 jam perjalanan, memang mengantuk tahap gaban!! makan la pe pun...memang mengantuk sgt2!!huhu. Ya Allah, sungguhhh... dalam hati ni risau sgt2..bln puasa yg lagi sebulan nak menjelma masa tu, risau sgt2 tahap mengantuk ni x dapat dibendung..bulan puasa MESTI double triple tahap mengantuknya. Masa tu, maya berharap sgt2 suami dapat kerja di Ipoh dan kami boleh sama-sama pergi n balik ke tempat kerja. Ya Allah tolonglah kami Ya Allah...

Masa tu, mungkin Allah nak kami usaha lebih lagi untuk Dia perkenankan doa kami..kami dah usaha,sekarang kami hanya berserah..jadi kami buat keputusan untuk solat hajat tiap-tiap malam selepas Isyak mohon pada Allah perkenankanlah doa kami untuk suami dapat kerja di Ipoh dan kami dapat tinggal bersama. Kalau suami di Tg. Malim, masing-masing sembahyang di rumah masing-masing. Kalau suami ada balik di Gopeng, kami akan solat hajat berjemaah dan ALHAMDULILLAH..ALLAH itu Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..akhirnya..ALLAH perkenankan doa kami.....TERIMA KASIH ALLAH...

sambungannya...next entry :-P


No comments:

Post a Comment