Wednesday, April 23, 2014

PERKONGSIAN: Petua Kecantikan Makanan Sunnah

Assalamualaikum...

Hari ni hari Rabu...hari ketiga maya berpuasa ganti minggu ni..ada 6 hari lagi...harap terus beristiqamah sehingga dapat menyelesaikan hutang puasa tahun lepas dalam minggu depan...aminn...

Tadi, maya ada tengok video Ustazah Norhafizah Musa di You Tube berkenaan Petua Kecantikan Makanan Sunnah. Banyak sangat ilmu yang maya dapat daripada video tu. Salah satunya berkenaan dengan wanita Madinah yang bersalin secara pembedahan sebanyak 9 kali tanpa sebarang masalah kerana mengamalkan makanan sunnah!! Allahuakbar!! Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya...menciptakan sumber alam yang berkhasiat untuk hambanya menjaga kesihatan diri luaran dan dalaman. Cuma kita je yang tak alert tentang perkara ni kan? Huhu...

Kat sini maya catitkan apa yang ustazah itu cakapkan:-

*Selepas bangun tido minum air suam 
*Makan satu sudu minyak zaitun
*Makan dua sudu pati delima
*Makan campuran air suam + satu sudu madu + sedikit minyak habbatussauda + myk kelapa dara + zaffaran (1-2 helai) - seeloknya makan pada waktu pagi dan selepas itu perut mesti direhatkan dari sebarang makanan selama 2 jam
*Selepas makan makanan berat, digalakkan untuk makan sedikit cuka kurma untuk membantu membuang bahan2 yang x diperlukan oleh badan (cuka kurma ni banyak jual di mekah@madinah..kt malaysia pun ade cuma kene cari)
*Jadikan kulit kayu manis sebagai jajan harian sebab rupa2nya kulit kayu manis ni dapat membantu mengurangkan sakit kepala, stress dan dapat memberi tido yang lena - caranya, ketuk2kan kulit kayu manis tu menjadi kecil, dan makan) Ustazah cakap juga yang kt Malaysia ni kulit kayu manisnya kebanyakannya adalah tiruan, jadi nak dapatkan yang asli kene beli di Indonesia...huhu.
*Amalkan juga makan estrak kacip fatimah yang asli untuk kekuatan dan kesihatan luaran dan dalaman wanita. (ustazah cakap kalau nak yang asli beli keluaran dari UTM)
*Istiqamah la mengamalkan makanan sunnah ini untuk mendapatkan hasil yang baik...

Sekian..perkongsian hari ini..

Tata...

3 comments:

  1. assalamualaikum kak... best bce entry akk ni.. bru je tgk u tube psal petua ni.. smoge sntiase update blog nnti... salam kenal...

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Maya Ashikin, terima kasih menjenguk blog Umi Qi...umi follow blog maya ye...leh keep in touch...bgus perkongsian ini...mmg betul cuka kurma selain dari dibuat mkn...seharusnya ada disimpan senantiasa di rumah...

    ReplyDelete
  3. eqa_nadirah ~ wsalam...thanks sbb sudi baca blog ikan bilis akak ni ye..hihi..salam kenal dik :-D

    Umi Qi~ wsalam...sama2..maya sebenarnya dah lame jadi silent reader Umi Qi tau..tq sbb sudi follow...pasal cuka kurma tu first time maya dgr dari ustazah tu..sebelum ni tak pernah dgr pun..huhu..

    ReplyDelete