Part 1 dekat entry ni ye...:-)
AMARAN: Entry sangattttlah panjang...jgn muntah ijo pulak membacanya...mihmihmih :-D
(5.9.2012)
Alhamdulillah...lepas daftar je masuk ward, nurse suruh tukar baju dan pakai baju hospital yang kaler pink tu..bila pergi je tandas nak tukar baju...alamakkkkk...banyaknye darah kt pantiess...ayoyoyo...ni mesti kesan dari proses seluk tadi kot...x kan nak bersalin dah kot..huhu...
Lepas salin baju, nurse buat CTG, nak check jantung baby..masa tu doktor tersilap cucuk kat tangan sampai meleleh2 darah tau..tapi x pe la..redha je la bila nak masuk ward ni kan. Bila dah petang sikit, myHC pun balik rumah untuk ambil barang2 keperluan maya nak guna sepanjang duk kt hospital ni. Sebelum datang balik ke hospital, maya request nk mkn chicken chop kt myHC untuk dinner..alhamdulillah...dapat gak makan chicken chop yg sedappp tu..hehe...
MyHC makan lamb chop..tapi,x habis makan..x tau kenapa..mungkin risau kot..tapi maya makan habis licin tau...hehe. Disebabkan dapat 1st class, myHC boleh tidur sekali. Dalam bilik tu ada kerusi malas n sofa, myHC ambik kerusi malas tu,rapatkan ke katil dan dia pun tido atas kerusi itu. Maya tido atas katilla kan..:-D
(6.9.2012)
Dalam pukul 5 pagi,maya bangun, makan roti, sebab selalu baca pengalaman orang yang nak bersalin suruh siap2 makan bagi ada tenaga sebelum bersalin, kalau ikutkan nurse cakap pukul 6 pagi dia akan bawa maya ke labour room untuk proceed proses induce @ paksa bersalin dengan memasukkan ubat. Lepas makan, maya siap2 mandi..lepas tu tunggu masuk waktu subuh, n solat berjemaah dengan myHC...doa sangat2 Allah mudahkan proses bersalin ni. Lepas solat subuh, nurse dah tunggu nak bawa maya ke labour room. Masa ini, x de rasa risau sangat pun..sebab dah tau, dah sampai masanya untuk maya lalui proses bersalin ni, jadi apa pun yang berlaku selepas ni maya redha dan mohon sgt2 Allah mudahkan jalan untuk maya..amin. Masa tengah berjalan nak gi ke labour room, maya tanya kat nurse boleh tak suami ikut sekali dan nurse cakap boleh, jadi myHC pun ikut la sekali ke labour room tapi sampai pintu depan je la, pastu suami dah x boleh ikut..jadi bermulalah perjalanan maya untuk melahirkan khalifah Allah ni ke dunia...
Terus terang...masa dah masuk labour room, maya rasa macam bersemangat nak bersalin!!haha...maya tunggu je bila diorang nak mula masuk ubat ni..last2nya pukul 7.30 pagi baru masuk ubat induce itu..doktor siap tanya, ni anak nombor berapa, maya cakap anak pertama dengan bersemangat sekali..hehe..doktor siap cakap, amboi, semangat ye nak bersalin :-P kuikuikui...prosesnya dia seluk dulu, mula doktor biasa seluk, pastu doktor pakar seluk, lepas tu buat CTG, pastu baru masuk ubat..doktor cakap jangan banyak bergerak bila dah masuk ubat ni. Jadi maya pun tak bergerak tau..huhu..
Orang sebelah maya ni pun nak dipaksa bersalin gak,dia dah diinduce 2x semalam, tapi jalan masih x bukak..perut dah ada sakit kontraksi, tapi baru 3cm je bukak...cian dia...x tau pe jadi selepas tu sebab dia dah mengerang2 sakit ;-((
Lepas masuk ubat, diorang bagi makan breakfast, masa ni maya duk sms, mak, abah, myHC, boss n kawan2, msg minta maaf kt semua, minta halal makan minum dan mohon doakan proses bersalin maya ni dipermudahkan. Mak abah x dapat datang time ni sebab mak abah berniaga..mertua pula di johor..mmg x dtg lagilah....huhu.Jadi suami sorang je la yang tunggu maya kat luar labour room ni tau...
Lepas makan diorang buat CTG lagi,tapi maya rasa macam pelik kenapa muka sister ni macam ada sesuatu yang tak kena je...dia buat CTG tu banyak kali. Masa ni maya dah mula rasa sakit @ rengat sikit..tapi x de la kerap, siap msg MyHC cakap dah sakit sikit, dia suruh baca surah n doa2 yg maya dah hafal tu, pastu, sister tu cakap CTG @ bacaan jantung baby dah x cantik, tu sebab dia buat banyak kali...haissshhhh...hati ni dah risau dah...hukhukhuk...
Pastu x lama doktor pakar pun datang lagi, dia pun suruh buat CTG lagi n dia tengok resultnye sambil kerut dahi...huhu. Lastnye doktor cakap kita kena buat EMERGENCY CZER!!!!Hahhhh!! mau tak terkejut teman weehhh...dia cakap degupan jantung baby dah x stabil...huhu. Ubat tu bagi mengeraskan rahim dan paksa bersalin tapi disebabkan baby kecik, dia x dapat menahan proses tu, jadi bacaan CTGnya @jantung dah x cantik..kejap elok..pastu tinggi,pastu rendah..mmg bahaya untuk baby dalam perut ni tau...macam tu la yg maya faham lebih kurang... :-((
Masa ni doktor bagi berapa minit je kat sister n nurse2 untuk siapkan maya...huhu. Dengan keadaan terkejut sebab kene czer,dengan diorang kelam kabut siapkan maya, tukar baju,cucuk sana, cucuk sini, masukkan saluran kencing tu sumer..huhhh..stress dibuatnye..huhu..
Sebelum masuk ke bilik operation tu, diorang bagi maya jumpa suami dulu...dengan suami pun dah pakai baju macam orang nak buat operationnya, dia masuk kt satu bilik ni untuk jumpa maya, maya mintak maaf kt myHC, minta halal makan minum sumer..huhu. Masa ni memang sebak sgt2 sebab x tau pe yang akan jadi lepas ni, myHC pun nampak macam sedih juga, dia cium dahi maya masa sebelum diorang nak tolak maya masuk ke bilik operation tu...mmg touching habis time ni..huhu....
Masuk je ke bilik operation tu...makk aiii...sejukkkkkkkkkkk sggtttt2 tau..menggigil dibuatnya, dengan pakai baju x tutup habis ni...huhu..terasa seksa dengan kesejukan melampau ni..diorang nak inject ubat pe ntah (lupa nama) kt belakang badan, doktor suruh relaks, jangan keraskan badan..tapi macam mana nak relaks dengan suhu yang mencongkam hingga ke tulang sum2ku ni kan...huhu..pastu doktor suruh baring,dia cubit kaki, dia tanya rasa x?maya kata rasa...maya cakap kt doktor saya x kebas lagi (dalam hati risau kot2 ubat x jalan lagi diorang dah membelah perut ku...huwwwaaa :-(()
Lepas tu doktor nak mulakan proses, tapi maya stress sbb tadi boleh rasa lagi, x kan nak start dah kan. Pastu doktor cakap, memang macam tu puan, lepas ni puan x rasa dah dari pinggang ke bawah. Jadi, bermulalah proses membelah perutku ni untuk mengeluarkan baby. Memang x rasa sakit, tapi kita boleh rasa diorang belah2 perut kita tu...setiap toresan tu kita boleh rasa..cuma x sakit je..diorang goncang2 perut masa nak kuarkan baby tu, memang terasa sangat goncangan tu tau..huhu. Masa ni maya memang stress, dalam hati duk baca je doa nabi yunus tu, berzikir sambil pejam mata ditambah dengan kesejukan melampau tu. Maya cuba gak tenangkan diri, tapi, masih x boleh...nurse yg duk kat kepala maya tu minta maya relaks, jangan stress, pastu boleh pulak maya cakap maya sejuk kt nurse tu...doktor marah, dia cakap mana boleh bercakap...huhu..jadi maya pun diam je la sambil menahan kesejukan yang melampau di samping bermacam mak nenek wayar2 yang berselirat di tangan dan di muka. Masa tu kan dalam bulan Syawal, jadi maya dengarlah doktor2 n nurse bersembang pasal jamuan hari raya kat situ sambil membelah2 perutku...hamboooiiiiiiiii...
Masa dah kuarkan baby tu, terus maya dengar tangisan marsya...ALLAHUAKBAR!!! Masa ni rasa macam mimpi!!..anak aku dah keluar!!!!Marsya dibersalinkan dalam pukul 11 pagi.ALHAMDULILLAH...nurse terus tunjuk kat maya dan tanya jantina baby, maya pun cakap le perempuan, pastu nurse bagi maya cium baby...MASYALLAH..wanginya bau syurga ni..masa tu badan marsya masih dipenuhi dengan lendir2..baunya wangi dan sejuk je tau...touching betul waktu ni....ALHAMDULILLAH.. :-)) pastu diorang cakap nak bawa baby gi timbang.
Lepas tu proses menjahit bermula dan x lama lepas tu maya di bawa keluar dari bilik operation dan ditransfer ke bilik satu lagi untuk memanaskan badan balik. Memang rasa sejuk sangat2!!rasa sejuk yg rasa macam nak mati..memang betul!!!sejuk yang memang azab sekali, diorang masukkan pe benda ntah dalam selimut maya untuk panaskan badan, tapi tetap x hilang kesejukan tu sampai gigi pun asyik terketap je...huhu...
Alhamdulillah, maya di bawa keluar untuk masuk ward x lama lepas tu, maya pejam je mata sebab rasa penat dan sejuk yang melampau, bila buka mata, tengok myHC yg mukanya nampak risau ya amaatt..dia tanya baby mana?hahhhh????x kan x tau baby dah selamat dikeluarkan tadi???masyaAllah, rupa2nya nurse kt situ x bagi lagi baby kt myHC untuk diazakankan..kiranya masa tu dah 2 jam marsya dilahirkan tapi belum diazankan lagi oleh ayahnya!!!masyaAllah!!! pe yang dah terjadi kat marsya sampai belum diazankan oleh ayahnya????? :-((
Cerita selanjutnya....next entry la ye :-))
Tata...
Cerita selanjutnya....next entry la ye :-))
Tata...
No comments:
Post a Comment