Monday, October 27, 2014

MARSYA: Ubat dan Vitamin Untuk Anak Sakit Tonsil

Assalamualaikum...

Marsya sejak umurnya setahun kerap sangat demam...dalam sebulan mesti sekali demam...demamnya pulak mencecah suhu yang tinggi 38'C - 40'C. Kalau ikutkan marsya sehingga umur 2 tahun memang menyusu badan sepenuhnya.Orang kata kalau menyusu badan, anak jarang sakit kan..yang tu memang betul, sejak baru lahir sampailah setahun memang marsya jarang sangat demam,tapi, selepas setahun, kerap pulak demam sebab tonsil. Hasil dari pemeriksaan doktor, setiap kali demam, setiap kali itulah tonsilnya bengkak. Sepanjang dia demam ni, dah 3x admitted tau, 2 kali di Hospital Pantai Puteri dan sekali di KPJ. Semuanya sebab tonsilnya bengkak...huhu..

Ibu mana yang tak risau kalau anak kesayangan asyik demam kan. Jadi, pelbagai vitamin dicari untuk mengurangkan gejala demam marsya ni dan setelah hampir setahun ni, maya dapat simpulkan ubat dan vitamin yang insyaAllah berkesan untuk merawat tonsil marsya ialah:-

1) Vitamin Ikids (sebotol RM75)

iKids Kolostrum Lembu New Zealand
     

 
diperbuat daripada formulasi kolostrum semulajadi yang unik dari New Zealand yang khas kepada kanak-kanak.
Ia bukan sahaja kaya dengan khasiat-khasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan zat mineral, ia juga mengandungi faktor-faktor tumbesaran dan daya ketahanan yang penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Kajian perubatan dan klinikal telah menunjukkan bahawa faktor imun dalam kolostrum boleh melawan virus, bakteria, kulat, alergen (bahan penyebab alahan) dan toksin.

Kolostrum lembu dari New Zealand merupakan kolostrum yang paling berkualiti berbanding yang lain. Lembu-lembu yang dipelihara tidak diberi suntikan hormon, bebas daripada teknologi genetik, dipelihara secara bebas dan rumput-rumput yang dimakan lembu tidak menggunakan racun rumpai. Kualiti produk tenusu keluaran New Zealand sentiasa dijamin. Makmal kajian dan proses pengeluarannya juga memperolehi Jaminan Kualiti Antarabangsa ISO 9001.

Kanak-kanak yang sentiasa mengambil kolostrum mempunyai daya ketahanan yang kuat dan bebas daripada penyakit-penyakit jangkitan seperti selsema, keradangan peparu dan cirit-birit. Selain itu, ia juga boleh merangsang tumbesaran dan meningkatkan daya kecerdasan kanak-kanak.
Ikids ni maya beli online di http://www.inspirasihatcantik.com/search/label/i-kids


2) Cataflam (RM40)


Sumber : Google

Bila marsya demam je, terus titik ubat ni...cataflam ni boleh beli kt farmasi.Alhamdulillah, tonsilnya cepat baik....semuanya dengan izinNya kan...yang penting kte kena berusaha. Semoga anak ibu&ayah, Marsya Qashrina bt Mohd Farhan sentiasa sihat hendaknya...aminn....



















4 comments: