Assalamualaikum...
Hari ni heboh pasal kematian Karpal Singh kan... x pe lah...dah tiba ajalnya..jadi terimalah dengan hati yang terbuka...
Sebenarnya maya nak coretkan tentang penyusuan lengkap marsya selama 2 tahun yang masih berbaki 141 hari lagi. Sekarang ini terasa sangat cabaran penyusuan ini. Mudah2an misi ini berjaya dan maya sebagai ibu memang berusaha untuk menyusukan marsya sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun.
Alhamdulillah, setakat hari ini marsya masih menyusu susu badan sepenuhnya..x de campur dengan susu tepung pun. Kalau nak kata, proses penyusuan ini mudah, itu adalah tanggapan yang salah..setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Macam tu jugaklah dalam proses menyusukan anak. Ibu terutamanya ibu yang berkerjaya mesti berkeazaman tinggi, kuat semangat dan sabar untuk menempuh 2 tahun pertama pembesaran anak dengan melengkapkan penyusuan.
Macam situasi Maya dan Marsya..alhamdulillah..setakat ini susu masih ada, cumanya stok dah x de!! sedih sangat..sebenarnya ini kesalahan diri sendiri yang tak mengikut jadual pengepaman sebabnya masa itu fikir, susu dah banyak, dah x muat freezer, jadi kite boleh skip satu sesi mengepam..tapi akhirnya perbuatan ini makan diri...:-( mulai minggu ini, maya pam untuk esok..stok ada tinggal 3oz je..jadi langkah drastik mesti dilakukan untuk elakkan kekurangan susu untuk marsya.
Mulai minggu ini jugak, maya bangun seawal jam 3 pagi atau 4 pagi untuk mengepam. Maya tambahkan lagi satu sesi untuk lengkapkan kuantiti susu yang marsya perlukan semasa di rumah pengasuh. Setakat ini alhamdulillah, kaedah ini sangat berjaya....sesi pertama mengepam jam 3 pagi, sesi kedua, 6.30 pagi, 11.30 pagi dan yang terakhir jam 4.30 petang. Walaupun sekarang ini susu dah x semeriah dulu, maya tetap berusaha untuk lengkapkan penyusuan penuh marsya selama 2 tahun ni. Harap sangat ada rezeki untuk kami....Aminnnnn Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment