Thursday, November 6, 2014

ABADIKAN KENANGAN : Kejutan sempena birthday suami

Assalamualaikum...

Kali ni nak abadikan kenangan celebrate besday husband yg ke-29 tahun pada 22 Februari 2014 yang lepas. Dah lame jugak ni..hihi. Celebration yang simple sajork..x de besar2an sgt pun macam celebrate besday marsya.

Pada malam 21 Februari 2014, marsya main dengan ayahnya macam biasa. Maya dah siap beli kek petang tu tapi simpan dalam peti ais. Sorok-sorok sikit sebab x nak my hubby tahu kewujudan kek tu. Lepas tu, duk fikir mcm mana la nak surprisekan husband nanti ye, tapi, bagaikan orang mengantuk dihulurkan bantal (betul ke peribahasa ini?kuikuikui) dalam pukul 11 malam macam tu husband tertido. Marsya pun behave je x de ganggu ayahnya tido. Maka, perancangan untuk surprisekan husband dimulakan...keluarkan kek, letak atas pinggan....kek beli 2 potong je sebab kami sekeluarga bukan penggemar kek..huhu..


Tepat pukul 12.00 am (22 Februari 2014), maya ambik marsya (marsya mmg jenis tido lambat) dukungkan dia dan bawak kek tu sambil nyanyikan lagu happy besday. Tgh mamai2 husband bangun sebab dia pun x sangka kami nak celebrate besday dia pada malam tu jugak..hehe. Alhamdulillah, husband happy, marsya pun happy sebab potong kek dalam playroom dia dan dia pun dapat makan kek, alhamdulillah, so, seperti biasa biarlah gambar yang berbicara yee... :-)


 muka orang baru bangun tido potong kek...hehe..

 bersepahhh....permandangan biasa playroom marsya bila dia mula beraksi :-P

 ok, marsya yang x sabar nak makan kek..satu kek red velvet, lagi satu kek lupa namanye :-P

 nyum2..sedap kata marsyaaaa..hehe...

 birthday boy dan anak daranye :-))


Alhamdulillah, celebration yang simple2 aje...cukup menggembirakan hati orang2 yang kte sayang...hadiah kali ini x tau nak bagi apa, orang lelaki ni kan susah nak bagi hadiah pe kat diorang, jadi maya createkan 2 voucher untuk husband tebus sempena besday dia. Satu voucher makan, dan satu lagi voucher hadiah. My hubby kene tebus voucher ini sebelum tarikh luput :-P semua dah tertulis dalam voucher tu, kalau ingkar terma dan syarat, pihak penganjur tidak teragak2 untuk membatalkan voucher ini...hehehehe....



Boleh zoom in kalau nak tengok terma dan syarat yang termaktub dalam voucher ini :-P kadang2 kite kene kreatif ckit untuk mewarnakan kehidupan suami isteri ni..kalau setakat bagi hadiah je, dah biasa sangatkan, jadi, kali ini terimalah voucher yang x seberapa dari isterimu ini...hehe...


Tata...titi...tutu...